Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua pemain bola jaring nasional turut bersara sebelum ini

Feb 19, 2024 | 5:30 AM
Charmaine Soh (kiri), bersama suaminya, Ow Yong Chaan Loung, dan anak mereka, Cruz, menonton video penghormatan oleh rakan sepasukannya selepas beliau mengumumkan persaraannya daripada arena antarabangsa pada 28 Oktober.
Charmaine Soh (kiri), bersama suaminya, Ow Yong Chaan Loung, dan anak mereka, Cruz, menonton video penghormatan oleh rakan sepasukannya selepas beliau mengumumkan persaraannya daripada arena antarabangsa pada 28 Oktober. - Foto fail

Sepanjang setahun lalu, dua pemain veteran bola jaring Singapura, Charmaine Soh dan Kimberly Lim, telah mengumumkan persaraan mereka.

Bekas kapten kebangsaan, Soh, 33 tahun, mengumumkan persaraannya daripada sukan itu pada Oktober 2023 setelah Singapura merangkul kejuaraan bersejarah Piala Negara-Negara di tanah air.

Kemenangan itu adalah yang pertama bagi Singapura dalam masa 16 tahun.

Selain meraih pingat emas, Soh turut menutup tirai kerjayanya sebagai pemain bola jaring yang paling banyak mewakili Singapura, iaitu sebanyak 128 kali. 

Sejak membuat penampilan sulungnya untuk pasukan negara pada 2011, Soh telah meraih pelbagai kejayaan dalam gelanggang termasuk dua pingat emas di Kejohanan Bola Jaring Asia pada 2012 dan 2014 dan sebutir emas di Sukan SEA 2015.

Pada Ogos 2021, penyerang itu dipilih sebagai duta rasmi rantau Asia oleh Bola Jaring Sedunia.

Soh memutuskan untuk bersara setelah anak lelakinya, Cruz, lahir pada Jun 2022. 

Namun, selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior di Kejohanan Bola Jaring Asia tiga bulan kemudian, beliau menangguhkan keputusan itu sehingga Piala Negara-Negara.

Kira-kira dua bulan kemudian, Lim mengikuti jejak langkah Soh dan bersara daripada pasukan bola jaring Singapura.

Lim, 29 tahun, mengundurkan diri dengan 119 penampilan untuk pasukan negara. 

Beliau adalah sebahagian daripada skuad Singapura yang menang Kejohanan Bola Jaring Asia 2014 dan Sukan SEA 2015. 

Pemain serangan sayap itu memberi sebab ingin meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan kawan-kawan maka memutuskan untuk menggantung bib bola jaringnya daripada gelanggang antarabangsa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg