Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA JARING

Pemain bola jaring veteran Kimberly Lim bersara selepas sedekad wakili negara

Dec 24, 2023 | 05:32 AM



Persaraan sudah lama terlintas di fikiran Kimberly Lim, tetapi beliau tidak dapat mencari masa yang sesuai untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan bola jaring Singapura.

Bagaimanapun, apabila beliau berasakan semacam ketenteraman selepas Republik ini memenangi Piala Negara-Negara Mirxes pada Oktober, beliau menyedari sudah tiba masanya untuk menutup lembaran hidupnya yang bermula sembilan tahun lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu berkata: “Saya telah memikirkannya sejak sekian lama, tetapi selama ini saya kerap ketepikan perasaan tersebut.

“Tetapi selepas menjalani pemulihan dan selepas Piala Negara-Negara, saya berasa sangat selesa dan fikir ia adalah masa yang baik untuk meneruskan kehidupan selepas bola jaring.”

Masa bagi mengumumkan keputusan melabuhkan tirai bagi kerjaya antarabangsanya sudah terlintas di fikiran Lim pada awal 2023.

Namun begitu, masih terdapat beberapa urusan yang belum selesai untuk pemain sayap dengan ketinggian 1.62 meter itu, yang membuat penampilan pertamanya di Singapura pada Kejohanan Bola Jaring Asia 2014.

Lim, yang terpaksa mengharungi laluan panjang dan sukar untuk kembali selepas kecederaan serius pada 2019, mahu memastikan pasukan negara berada di tempat yang baik sebelum beliau bersara.

Kejayaan pasukan negara, yang dianggotai pemain muda dengan purata usia 24.6 tahun pada Piala Dunia Bola Jaring di Afrika Selatan juga menguatkan keyakinan Lim bahawa masa beliau menyerahkan tanggungjawab kepada generasi seterusnya sudah tiba.

Dalam pertandingan itu, Singapura menewaskan pesaing Asia, Sri Lanka.

Pada Oktober, mereka memenangi Piala Negara-Negara di tanah air, menamatkan penantian 16 tahun untuk kejuaraan ketiga mereka dalam kejohanan itu.

Ini diikuti dengan persaraan rakan sepasukan Charmaine Soh, yang turut mendorong keputusan Lim untuk berundur dan menghabiskan lebih banyak masa bersama rakan dan keluarga.

Lim, yang telah menyarung jersi negara sebanyak 119 kali berkata:

“Melihat prestasi pasukan tahun ini (2023) merupakan dorongan besar bagi keputusan saya, dan saya bangga dengan cara mereka berkembang.

“Saya juga akhirnya dapat mengatasi semua masalah kecederaan saya, pemulihan saya akhirnya selesai dan saya gembira.

Walaupun Lim telah menikmati kejayaan di pentas antarabangsa – beliau merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi Kejohanan Bola Jaring Asia 2014 dan Sukan SEA 2015 – beliau menganggap penampilannya yang ke-100 untuk negara di kejohanan Asia pada 2022 sebagai salah satu detik yang menonjol dalam kerjayanya.

Merenung kerjayanya dalam bola jaring, Lim berkata:

“Saya tidak membayangkan menikmati perjalanan yang lancar seperti yang saya inginkan.

“Saya tidak bayangkan jumlah pembedahan yang perlu saya lalui, banyak detik duka yang saya lalui semasa setiap pembedahan, setiap proses pemulihan. Namun apabila saya renungkan kembali, itulah yang menjadikan segala-galanya lebih manis.

“Saya tidak fikir saya mahu melakukannya dengan cara lain kerana pengalaman telah membentuk diri saya.”

Jurulatih negara, Annette Bishop, berkata persaraan Lim adalah satu kehilangan besar kepada pasukan negara, lapor akhbar, The Straits Times (ST) .


Namun, bak kata pepatah, patah tumbuh, hilang berganti.

Bishop menarik perhatian, sudah tiba masanya kini untuk barisan pemain muda seperti Toh Kai Wei, Khor Ting Fang dan Aqilah Andin meneruskan legasi pemain veteran seperti Kimberly Lim.

Beliau berkata: “Skuad ini pastinya berada dalam keadaan yang baik. Sebagai sebuah pasukan, kami sentiasa berbincang mengenai langkah untuk terus beraksi dengan semangat mencapai kecemerlangan walaupun berdepan dengan kecederaan dan persaraan kerana ini adalah hakikat dalam sukan.

“Saya yakin, pemain-pemain muda akan meneruskan tugas baik yang telah dilakukan pemain terdahulu.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >