Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia 2034

Nov 01, 2023 | 01:59 PM



LONDON: Arab Saudi dijangka menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 bagi bola sepak lelaki setelah Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengesahkan negara tersebut merupakan pembida tunggal bagi pertandingan global itu.


Australia menarik diri daripada bidaan terhadap pertandingan itu beberapa jam sebelum tarikh akhir yang ditetapkan Fifa pada Selasa.

Maghribi, Portugal dan Sepanyol merupakan pembida bagi edisi 2030, dengan perlawanan juga dimainkan di Argentina, Paraguay dan Uruguay.

Kongres Fifa yang diadakan pada penghujung 2024 akan mengesahkan tuan rumah bagi edisi 2034.

Piala Dunia 2026 akan berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Canada.

Dalam satu catatan Instagram, Presiden Fifa, Gianni Infantino, berkata: “Tiga edisi, lima benua dan 10 negara terlibat dalam mengadakan perlawanan bagi kejohanan tersebut – ia menjadikan bola sepak benar-benar global.”

Persatuan Bola Sepak Australia (FA) berkata, ia berhasrat untuk tumpukan usahanya menganjurkan Piala Asia Wanita pada 2026 dan Piala Dunia Kelab pada 2029.

Fifa menjelaskan Piala Dunia 2034 akan diadakan di benua Asia atau Oceania, dan bidaan Australia dianggap sebagai satu-satunya pencabar terdekat kepada Arab Saudi, yang mengumumkan hasratnya untuk menjadi tuan rumah sejurus selepas Fifa memutuskan hal sedemikian.

Selepas tarikh akhir pada Selasa telah dilewati, Fifa mengesahkan bidaan Piala Dunia 2030 dan 2034 dan ia kini akan mengadakan “proses pembidaan dan penilaian menyeluruh” untuk kejohanan itu, kata Fifa.

Fifa berkata, ia akan “mengadakan sesi dialog bersasar dengan pembida, untuk memastikan bidaan lengkap dan menyeluruh diterima dan dinilai berdasarkan keperluan menjadi tuan rumah minima seperti yang diluluskan Majlis Fifa sebelum ini.”

“Dialog ini akan tertumpu pada bidang keutamaan yang ditetapkan dalam visi acara dan metrik utama, prasarana, perkhidmatan, komersial, kemampanan dan hak asasi manusia,” tambah Fifa.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi, Yasser Al Misehal, berkata: “Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi komited sepenuhnya untuk memenuhi dan melebihi keperluan bidaan.”

Beliau juga berkata, penganjuran kejohanan tersebut merupakan “jemputan terbuka kepada dunia untuk alami budaya bola sepak”.

Awal dari itu, Fifa membatalkan rancangan Arab Saudi untuk menaja Piala Dunia Wanita 2023 berikutan respons daripada tuan rumah bersama iaitu Australia dan New Zealand, pemain dan penaja.

Namun demikian, Arab Saudi berminat untuk menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia Wanita 2035 selepas membentuk pasukan bola sepak wanita pada 2022. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >