MADRID: Real Madrid telah berjaya mendapatkan khidmat pemain berusia 18 tahun asal Turkey, Arda Guler, daripada Fenerbahce.
Digelar ‘Turkish Messi’, beliau menandatangani kontrak selama enam tahun untuk bermain di Bernabeu di mana beliau akan bersatu dengan pemain England, Jude Bellingham.
Fenerbahce mengesahkan pemindahan Guler itu pada petang Khamis.
“Kededua pihak telah bersetuju berkaitan pemindahan salah seorang pemain profesional kami, Arda Guler, ke kelab Sepanyol, Real Madrid, dengan pertukaran tamat kontrak pemain itu bersama kami dengan harga 20 juta euro ($29.5 juta).
“Selain yuran pemindahan, bonus maksimum sejumlah 10 juta euro akan dibayar kepada kelab kami oleh Real Madrid, bergantung kepada persembahan pemain itu,” kata Fenerbahce dalam kenyataannya.
Guler menjaringkan empat gol dan membuat empat assist musim lalu, meletakkannya selaku pemain terbaik dalam final Piala Turkish.
Pada Jun, beliau menjadi pemain termuda untuk menjaringkan gol buat Turkey.
Guler membuat penampilan pertamanya untuk Fenerbahce semasa berusia 16 tahun, dan membuat assist dalam penampilan pertamanya menerusi Liga Super dan kemudian diberi jersi nombor ‘10’ pada musim lalu.
Beliau yang bermain di bahagian midfield serangan membuat 35 penampilan bersama Fenerbahce pada musim lalu, dan menjaringkan enam gol serta tujuh assist.
Salah satu assit itu dibuatnya semasa Fenerbahce menundukkan Istanbul Basaksehir 2-0 dalam final Piala Turkish.
Selepas sekian lama dikaitkan dengan salah sebuah kelab ternama Eropah, Real Madrid akhirnya berjaya mendapatkan pemain tersebut daripada pesaing lain seperti Arsenal, Manchester United dan Newcastle, selain Barcelona, Bayern Munich dan Paris St-Germain.
Satu sumber memberitahu pihak media bahawa Real telah ‘mengekori’ Guler sejak musim 2021-2022, dengan ketua yang menjejak bakat Real, Juni Calafat, memainkan peranan utama mengesahkan tawaran tersebut.
Guler merupakan pemain terkini yang menyertai pasukan gergasi Sepanyol itu dan akan bergandingan dengan Bellingham, Vinicius Jr, Rodrigo, Aurelien Tchouameni dan Eduardo Camavinga.
Beliau turut berpeluang bergandingan dengan pemain lebih berpengalaman seperti Toni Kroos dan Luka Modric.
Difahamkan Guler juga akan sertai Real Madrid dalam perlawanan pramusim untuk minggu-minggu akan datang. – Agensi berita.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg