Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea kelab ‘terhebat di England’: Pochettino

Jul 10, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Chelsea adalah “pasukan terhebat di England” sejak 10 hingga 15 tahun lalu, kata pengurus baru kelab London itu, Mauricio Pochettino.


The Blues telah memenangi 21 trofi sejak 2004, termasuk lima kejuaraan Liga Perdana England (EPL) dan dua Liga Juara–Juara pada 2012 and 2021.


“Dalam 10 hingga 15 tahun terakhir, Chelsea adalah pasukan terhebat di England. Saya tahu EPL dengan baik dan apa yang dimaksudkan dengan budaya Chelsea.

“Saya rasa peminat kita teruja untuk kembali ke pangkal jalan dan sekali lagi memenangi trofi,” kata Pochettino, yang menjadi pengurus Chelsea mulai 1 Julai.

Pochettino, 51 tahun, tidak asing dengan EPL kerana pernah mengurus Southampton dari 2013 hingga 2014 dan Tottenham Hotspur dari 2014 hingga 2019.

Beliau mengambil alih Graham Potter yang dipecat pada 2 April oleh pemilik baru Chelsea, Todd Boehly.

“Saya dan kakitangan saya teruja untuk bekerjasama dengan pemain yang sangat muda, dengan pendekatan berbeza berbanding sebelum ini.

“Tetapi saya fikir kita semua perlu memahami bahawa kita perlu bekerja keras dan mencipta suasana yang sangat baik di padang latihan untuk mencatat kejayaan untuk Chelsea dalam beberapa tahun akan datang.

“Bagi saya, ia adalah satu keseronokan dan penghormatan untuk kini terlibat dengan kelab ini. Kita sangat teruja dan saya mengenali Chelsea dengan baik, ia adalah salah satu kelab terhebat di dunia.

“Jadi sudah tentu, ia adalah mudah untuk membuat keputusan berpindah ke sini,” ujarnya.

Walaupun Pochettino berjaya memimpin Spurs ke final Liga Juara–Juara 2019, beliau gagal memenangi apa–apa trofi ketika mengurus di England.

Beliau akhirnya menamatkan ketandusan trofinya ketika mengurus Paris St–Germain (PSG) dari 2021 hingga 2022, dan berjaya memenangi tiga trofi termasuk kejuaraan Ligue 1 pada musim 2021–2022.

Bagaimanapun, adalah tidak tentu sama ada beliau boleh mengulangi kejayaannya di PSG bersama Chelsea.

Pochettino mengambil alih skuad Chelsea yang menamatkan musim yang mengecewakan di tangga ke–12 di EPL musim lalu.

Apatah lagi beberapa pemain utama telah meninggalkan kelab itu pada musim panas ini.

Antaranya adalah bek tengah Kalidou Koulibaly, penjaga gol Edouard Mendy dan pemain tengah N’Golo Kante. Mereka bertiga akan menyertai kelab di Arab Saudi.

Manakala pemain tengah Mason Mount, Ruben Loftus–Cheek dan Mateo Kovaic telah bersetuju untuk menyertai Manchester United, AC Milan dan Manchester City.

Tetapi Chelsea juga telah membeli beberapa pemain baru untuk mengukuhkan skuadnya.

Antara mereka adalah penyerang Perancis, Christopher Nkunku, yang telah berpindah dari RB Leipzig dalam perjanjian bernilai £52 juta ($89 juta), dan penyerang Senegal dan Villareal, Nicolas Jackson, yang telah menandatangani kontrak lapan tahun.

Pochettino berkata kelab barunya mempunyai sebuah “projek yang sangat jelas” untuk kembali ke pangkal jalan tetapi ia mungkin mengambil masa.

Beliau menambah: “Sejak awal, pemilik kelab dan pengarah sukan sangat jelas mengenai projek itu dan saya dan kakitangan saya sangat teruja untuk menyertai mereka.

“Kami berada di sini untuk cuba bantu kelab dan peminat. Akhirnya, perkara paling penting dalam bola sepak adalah untuk kelab dan peminat berasa gembira dan bangga dengan cara pendekatan kami dalam perlawanan.

“Sudah tentu, akan sentiasa ada pasang surut dalam bola sepak, tetapi adalah mustahil untuk kelab seperti Chelsea untuk mengalami sebarang pasang surut.

“Kita perlu memastikan bahawa kita menyediakan kelab ini dengan apa yang diperlukan untuk berada di tangga teratas.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >