Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ardi gembira capai masa terbaik di Sukan Asia

Sep 29, 2023 | 05:32 AM



Perenang Singapura, Ardi Azman mungkin telah menamatkan final gaya bebas 200 meter lelaki di tempat terakhir daripada lapan pesaing.

Namun, senyuman yang dikongsi bersama Berita Harian (BH) di Arena Sukan Akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou menyusuli perlumbaan individu pertamanya di Sukan Asia pada Rabu malam menggambarkan sebaliknya.


Pelajar Politeknik Temasek itu berasa gembira.

Ardi, 20 tahun, bukan hanya dapat ke final untuk acara individu dalam penampilan sulungnya di Sukan Asia, malah beliau juga berjaya mempercepatkan masa terbaik peribadinya (PB) dua kali di Hangzhou.

“Saya gembira sebab inilah antara sasaran saya (di Sukan Asia) untuk layak ke final acara individu dan saya berjaya mencapainya.

“Satu lagi adalah saya meraih PB yang bagus. Bukan hanya sekali saya mencatat masa lebih pantas daripada PB saya sebelumnya, 1 minit 50 saat, malah dua kali,” kata Ardi.

Masa terpantasnya dalam acara gaya bebas 200 meter lelaki adalah 1 minit 50.5 saat, yang dicatat di Kejohanan Nasional Singapura pada Jun.

Di temasya sukan Hangzhou, beliau mencatat masa terbaik peribadi baru, 1:48.86 dalam pusingan saringan pada sebelah pagi untuk mara ke final pada waktu malam. Beliau menamatkan saingan dengan masa 1:49.22.

Sebelum perlumbaan individunya pada Rabu, Ardi turut membantu Singapura melangkah ke final acara berpasukan.

Beliau bersama Glen Lim, Jerald Lium dan Jonathan Tan mendapat tempat keempat daripada lapan pesaing dalam final acara berganti-ganti gaya bebas 4x200 meter lelaki pada Isnin.

Pada hari berikutnya, Ardi berganding dengan Zachary Tan, Maximillian Tan dan Mikkel Lee dalam pusingan saringan acara berganti-ganti campuran gaya 4x100 meter lelaki dan mendapat tempat ketujuh daripada 16 pasukan untuk layak ke final.

Namun, beliau tidak berlumba di final kerana jurulatih ingin memberi pendedahan kepada perenang lebih muda.

Skuad Singapura sebaliknya diwakili Zackery Tay, Zachary Tan, Jerald Lium dan Darren Chua, dan meraih tempat kelapan daripada lapan pasukan dalam final.

Ardi menambah peningkatan pada prestasinya ini telah menunjukkan bahawa usahanya selama ini berbaloi.

Bahkan, beliau bersemangat untuk mencapai lebih banyak kejayaan selepas berlumba dengan perenang hebat dunia di Hangzhou.

“Perenang di sini, antara mereka, adalah atlet yang pernah ke Sukan Olimpik. Ia adalah peluang baik dan saya rasa beruntung dapat berenang bersama mereka. Mereka memberi saya inspirasi untuk ingin bersaing bersama mereka dan menjadi lebih baik,” ujarnya.

Ardi seterusnya dijangka beraksi dalam satu lagi acara di Sukan Asia, gaya bebas 400 meter lelaki.

Ketika ditanya sama ada beliau berasa gembira dengan prestasinya, Ardi, yang kemudian menyasar untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris pada 2024, menjawab: “Saya rasa gembira. Saya benar-benar rasa gembira.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >