Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Letitia Sim ‘lewat’ 0.12 saat, terlepas pingat Sukan Asia

Sep 28, 2023 | 04:06 PM



HANGZHOU: Tujuh perenang lain telah beredar dari kawasan kolam renang, tetapi Letitia Sim dari Singapura masih enggan keluar dari kolam.


Beliau baru sahaja mengakhiri perlumbaan di tempat keempat – 0.12 saat di belakang pemenang pingat gangsa – dan apabila beliau perlahan-lahan muncul dari air, wajahnya diselubungi kekecewaan.

Selepas mengharungi perlumbaan 100 meter kuak dada wanita yang memberangsangkan – beliau memecahkan rekod nasional miliknya sendiri dengan masa 1 minit 7.13 saat (1:07.13) – beliau kecewa kerana gagal mendapat tempat di podium.

Masa yang dicatatnya itu 0.14 saat lebih pantas daripada rekod nasional sebelum ini.

Beliau dikalahkan oleh gandingan Jepun Reona Aoki (1:06.81) dan Satomi Suzuki (1:06.95) serta Yang Chang dari China (1:07.01).

Sim, 20 tahun yang juga mencatat rekod nasional 50 meter kuak dada Ahad lalu, berkata:

“Perlumbaan sangat sengit dan sukar bagi saya menerima hakikat tidak akan pulang dengan pingat. Namun saya telah memberikan segalanya dan walaupun saya gagal memenangi pingat, saya gembira kerana mencatat rekod nasional.”

Jurulatih nasional Gary Tan berkata Sim – yang berada di tempat ketiga dan mendahului Yang dengan kelebihan masa 0.21 saat pada jarak 50 meter – telah memulakan perlumbaan dengan pantas mengikut strategi yang diatur, walaupun gagal mengekalkan kelajuan pada 15 meter terakhir perlumbaan. Namun, Tan tetap memuji kekuatan mental anak didiknya itu.

Pada malam yang sama, kekecewaan yang dialami Sim bak bertindih apabila beliau sekali lagi mengakhiri perlumbaan – kali ini bagi acara berpasukan – di tempat keempat, lapor The Straits Times.


Pasukan negara yang dianggotai Sim, Quah Zheng Wen, Quah Jing Wen dan Jonathan Tan mencatat masa 3:49.73 dalam acara 4x100 meter berganti-ganti campuran untuk mencatat rekod nasional.

Namun mereka tidak sepantas juara, iaitu China (3:37.73) serta Jepun (3:44.64) dan Korea Selatan (3:46.78) yang masing-masing memenangi pingat perak dan gangsa.

Masa yang dicatat perenang dari China itu adalah masa yang terpantas dalam sejarah di peringkat Asia namun pasukan yang dianggotai oleh Xu Jiayu, Qin Haiyang, Zhang Yufei dan Yang Junxuan tidak berdaya memecah rekod dunia yang dimiliki Britain, iaitu 3:37.58.

Kemenangan itu adalah pingat emas ke-19 bagi China di Sukan Asia ini – menyamai pencapaian mereka di Sukan Asia 2018.

Pasukan tuan rumah itu dijangka memenangi lebih banyak pingat emas apabila acara renang melabuh tirai pada Jumaat.

Bercakap kepada media di akhir perlumbaan, Xu menyatakan: “Rekod sememangnya untuk dipecahkan. Orang lain boleh memecahkan rekod 10 emas yang saya menangi di Sukan Asia selanjutnya. Sebaliknya, saya juga boleh terus berusaha melanjutkan rekod saya sendiri.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >