Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Prestasi perenang wanita S’pura baik, perlu bakat muda ambil alih

Sep 25, 2023 | 3:55 PM
NYARIS MENANG PINGAT: Pasukan perenang Singapura (kanan) hampir berjaya memenangi pingat pertama mereka dalam acara 4x100 meter, tetapi akhirnya terlepas dan mendapat kedudukan keempat, di belakang China, Jepun dan Hong Kong.
NYARIS MENANG PINGAT: Pasukan perenang Singapura (kanan) hampir berjaya memenangi pingat pertama mereka dalam acara 4x100 meter, tetapi akhirnya terlepas dan mendapat kedudukan keempat, di belakang China, Jepun dan Hong Kong. - Foto ST

HANGZHOU: Terdapat kebimbangan untuk menggantikan perenang generasi emas Singapura, terutamanya perenang pecut Quah Ting Wen dan Amanda Lim, menurut jurulatih kebangsaan Gary Tan.

Usia kededua perenang telah melepasi 30 tahun tetapi menjadi penyandang utama – Quah memenangi emas dalam acara 50 meter dan 100 meter gaya bebas dalam Sukan Asia Tenggara (SEA) manakala Lim berada di tempat kedua dalam acara jarak singkat.

Tidak ada perenang muda yang hampir setaraf kelajuan mereka.

Oleh itu, mereka berusaha bersama Quah Jing Wen dan Nur Marina Chan untuk menduduki tempat keempat dalam peringkat akhir 4x100 meter gaya bebas di Pusat Akuatik Taman Sukan Olimpik Hangzhou pada 24 September.

Namun, pasukan wanita Singapura masih boleh berbangga kerana masa mereka, 3 minit 44.16 saat, dua saat lebih pantas daripada masa acara kelayakan mereka, dan 0.13 saat lebih pantas sewaktu mereka memenangi emas ke-100 untuk Singapura di Sukan SEA pada Mei.

“Saya tidak akan berbohong. Kami mempunyai kebimbangan besar terutamanya kepada pembangunan bakat kami. Itulah sebabnya banyak yang dilakukan untuk cuba mempertingkatkan program,” kata Tan apabila berfikir tentang masa depan pasukannya menurut The Straits Times.

“Kelab-kelab perlu meningkatkan program, kerana kita tidak boleh terus bergantung kepada para perenang ini kerana mereka sudah menghampiri usia lanjut. Justeru bakat-bakat baru perlu ada,” tambah beliau.

Ting Wen, berusia 31 tahun, maklum bahawa ini mungkin pertandingan Asiad terakhirnya dan kecewa bahawa beliau tidak dapat memenangi pingat tetapi bangga kerana beliau telah berusaha sedaya upayanya.

Terdapat satu harapan, Letitia Sim yang menduduki tempat ketujuh dalam acara kuak dada 50 meter dengan masa 31.15 saat, peningkatan daripada masa sebelumnya.

Sim, berusia 20 tahun, merupakan pemegang rekod kebangsaan acara 50 meter, 100 meter dan 200 meter kuak dada.

Seorang lagi perenang negara,Gan Ching Hwee menduduki tempat keempat dalam acara 1,500 meter gaya bebas wanita dalam masa 16 minit 24.67 saat, sekitar tujuh saat di belakang pemenang pingat gangsa Jepun, Yukimi Moriyama.

Pertarungan untuk merebut tempat ketiga lebih sengit dalam acara 200 meter kupu-kupu wanita, tetapi Jing Wen kehilangan rentak dalam perebutan gangsa dan akhirnya menduduki tempat kelima dengan masa 2 minit 10.13 saat , kurang satu saat di belakang Hiroko Makino yang menduduki tempat ketiga Jepun 2 minit 09.22 saat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg