Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA KEMBOJA 2023: RENANG

Ardi lebih yakin dapat bawa balik pingat

Perenang nasional gaya bebas individu 200m, 400m dan medley individu 400m terap kegigihan dalam hidup harian, latihan
Apr 26, 2023 | 05:30 AM



SEMASA mula berjinak-jinak dalam sukan renang, Ardi Zulhilmi Mohamed Azman takut berada dalam kolam renang. Beliau sebenarnya tidak meminati sembarang aktiviti air pada waktu itu.



"Waktu itu umur saya empat tahun. Saya takut berada dalam air, lebih-lebih lagi kalau kolam itu dalam. Saya pun tak suka air masuk hidung saya," ujarnya.



Kini, selepas lebih 10 tahun berkecimpung dalam sukan renang, bukan sahaja perasaan itu telah hilang dan kolam renang menjadi 'taman' permainannya, malah Ardi bakal menjadi perenang gaya bebas nasional Singapura dan akan bertanding di Sukan SEA di Kemboja dari 5 hingga 17 Mei.



Menurut Ardi, yang sekarang berusia 20 tahun, beliau mengambil masa sekitar dua tahun untuk berasa yakin berada dalam air.



"Bagi mengatasi rasa takut dalam air, saya kerap berada dalam air dan berlatih kekal terapung dalam air sambil belajar berenang.



"Jurulatih saya juga membimbing saya, menyokong saya dan memberi galakan," ujar anak kedua daripada tiga adik-beradik yang semuanya lelaki itu.



Proses tersebut mengajar pelajar tahun akhir jurusan pemasaran Politeknik Temasek itu erti kegigihan, yang sekarang beliau terapkan dalam latihan dan kehidupan hariannya.



Sifat itu penting, menurut Ardi, kerana beliau perlu mengimbangi masa antara sekolah, latihan dan pertandingan.



Ardi memberi contoh setiap hari beliau mempunyai dua sesi latihan - sehingga dua jam setiap sesi - selain projek atau kerja sekolah yang perlu disiapkan.



Oleh itu, beliau harus bijak menguruskan masa dan membahagikannya antara tiga tanggungjawab itu.



"Saya bersyukur kerana mempunyai pensyarah dan pendidik yang memahami keadaan saya. Misalnya pada tahun pertama, sebelum penggal pembelajaran bermula, pensyarah akan menemui saya bagi membincangkan jadual penggal supaya jika ada latihan atau pertandingan, ia dapat disesuaikan," tambah beliau.



Kegigihan itu juga menjadi tunjang bagi Ardi semasa penampilan sulungnya dalam Sukan SEA 2021 Vietnam yang diadakan pada 2022 disebabkan pandemik Covid-19.



Beliau bersaing dalam lima acara gaya bebas, temasuk melangkah ke pusingan akhir acara individu 400 meter dan menduduki tempat kelima.



Bagi Ardi, ia detik yang sukar dilupakannya kerana beliau bak tidak percaya dapat mewakili Singapura buat pertama kali.



"Saya rasa prestasi saya semasa temasya sukan itu baik dan saya berenang dengan baik, tetapi malangnya masa yang dicatatkan tidak mencerminkan hal itu.



"Sungguhpun saya berasa sedikit kecewa kerana tidak dapat mengecapi sebarang pingat, pengalaman bertanding dalam Sukan SEA pertama saya hebat sekali," ujarnya.



Bagi Sukan SEA Kemboja, Ardi berasa lebih yakin dapat memenangi pingat kerana beliau berasa perkembangan latihannya sejauh ini amat memberangsangkan.



Beliau akan bersaing dalam dua acara gaya bebas - individu 200 meter dan 400 meter - serta medley individu 400 meter.



"Sesebuah pertandingan menjadi lebih mudah jika anda berlatih dengan gigih kerana prestasi semasa pertandingan akan mencerminkan usaha yang ditunjukkan dalam latihan," kata Ardi.




Sesebuah pertandingan menjadi lebih mudah jika anda berlatih dengan gigih kerana prestasi semasa pertandingan akan mencerminkan usaha yang ditunjukkan dalam latihan.
- Ardi Zulhilmi Mohamed Azman, yang berasa perkembangan latihannya sejauh ini amat memberangsangkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >