Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU ARGENTINA LWN MEXICO

Argentina akan bermain bak peringkat final

Nov 26, 2022 | 05:30 AM



DOHA: Penjaga gol Argentina Emiliano Martinez menganggap pertembungan Kumpulan C mereka menentang rakan negara Amerika Selatan, Mexico, sebagai "perlawanan akhir Piala Dunia pertama" negaranya, sedang mereka mahu bangkit daripada kekalahan mengejutkan 1-2 di tangan Arab Saudi dalam perlawanan pembukaan mereka.



Kekecewaan di Stadium Lusail itu adalah yang keempat Argentina dalam enam perlawanan Piala Dunia terakhir mereka (hanya menang sekali dan seri sekali), iaitu jumlah sama bagi 25 perlawanan sebelumnya dalam kejohanan, dengan kekalahan itu mengakhiri rekod tanpa kalah mereka yang kekal pada 36 perlawanan.



Disebut ramai sebagai antara pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan di Qatar, Argentina kini mendapati diri mereka berisiko disingkir awal dan memerlukan respons, dengan Martinez, yang menyarung jersi kelab Liga Perdana Aston Villa, mendorong rakan sepasukannya sebelum pertarungan pagi esok di stadium sama.



"Kami sangat terluka oleh kekalahan pertama kami (dalam lebih tiga tahun) dan lebih-lebih lagi di Piala Dunia," katanya.



"Kami dijangka bermain seolah-olah ia perlawanan akhir, tetapi kami tidak melakukannya. Selepas kami menjaringkan gol pertama, kami leka sedikit dan dihukum kerana bersikap sedemikian.



"Sabtu ini (waktu tempatan) akan menjadi perlawanan akhir Piala Dunia kami."



Sejarah memihak Argentina dalam menentang Mexico, dengan juara dunia dua kali itu tidak pernah tumpas dalam 10 pertemuan terakhir mereka, iaitu sejak Copa Amerika 2004, manakala mereka telah menang dalam semua tiga pertemuan Piala Dunia mereka pada 1930, 2006 dan 2010.



Masalah Mexico di Piala Dunia ialah menjaringkan gol, atau gagal menjaringkannya



Mereka gagal menyumbatkan gol dalam ti-ga perlawanan terakhir - termasuk seri tanpa gol menentang Poland dalam perlawanan pembukaan di Qatar, dengan Guillermo Ochoa menyelamatkan sepakan penalti Robert Lewandowski.



Ochoa, 37 tahun, yang beraksi dalam Piala Dunia kelimanya, tidak pernah melepasi pusingan 16 pasukan terbaik, dengan Mexico gagal mengatasi peringkat itu dalam tujuh kejohanan lalu - kali terakhir ialah ke suku akhir pada 1986 sebagai tuan rumah kejohanan.



Ochoa menikmati banyak kejayaan di peringkat antarabangsa bersama Mexico, memperoleh 132 penampilan, tetapi akan bertarung mati-matian untuk menempah tempat di suku akhir dan menyamai keputusan terbaik negaranya di Piala Dunia.



"Segala-galanya, saya akan beri segala-galanya untuk mencapai quinto partido (perlawanan kelima)," katanya selepas keputusan seri dengan Poland.



Kemenangan akan memberi Mexico rangsangan besar dalam usaha mereka untuk mara ke peringkat kalah mati dan boleh menamatkan langkah Argentina, iaitu balas dendam Mexico bagi pertemuan terakhir mereka di Piala Dunia pada 2010.



Ia berlaku pada pusingan 16 pasukan terbaik apabila Argentina menang 3-1 hasil jaringan dua gol Carlos Tevez, yang pertama ofsaid sebagaimana ditunjukkan di skrin besar di dalam stadium, menyebabkan kemarahan rakyat Mexico.



Penyerang Inter Milan Lautaro Martinez akan menjadi pemain tumpuan untuk Argentina. Dua kali beliau dinafikan gol sulungnya dalam Piala Dunia oleh bendera ofsaid dalam kekalahan kepada Saudi, kerana tidak dapat menembusi barisan pertahanan tinggi lawan.



Sementara itu, Alexis Vega akan memainkan peranan penting untuk Mexico. Dengan enam sentuhan di kotak lawan dalam perlawa-nan Poland, pemain sayap itu menunjukkan beliau akan masuk ke posisi berbahaya dan memberikan ancaman menyerang untuk Mexico, walaupun beliau perlu lebih tegas di depan gawang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >