Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Argentina kecewakan Brazil 1-0

Nov 22, 2023 | 02:06 PM



RIO DE JANEIRO: Permulaan perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Brazil dengan Argentina pada awal pagi Rabu (waktu Singapura) terpaksa ditangguhkan hampir 30 minit selepas pertempuran antara polis dengan penyokong di Stadium Maracana.


Dalam perlawanan itu, Argentina berjaya menewaskan Brazil 1-0 hasil jaringan gol Nicolas Otamendi pada separuh masa kedua.

Pemain tengah Brazil, Joelinton, juga dilayangkan kad merah pada minit ke-81 perlawanan.

Sebelum ini, Brazil tidak pernah dikalahkan Argentina dalam 64 perlawanan mereka.

Sebelum perlawanan itu, penyokong Brazil dan Argentina bergaduh, memaksa pihak polis Brazil untuk mengambil tindakan.

Penyokong berhampiran kawasan pergaduhan itu juga turut terjejas, kerana mereka mula panik dan melarikan diri ke dalam padang.

Sekurang-kurangnya seorang peminat cedera dan terpaksa dibawa keluar dari stadium tersebut untuk mendapatkan rawatan.

Pasukan Argentina, diketuai Lionel Messi, meminta penyokong mereka untuk menenangkan diri mereka sebelum masuk semula ke bilik persalinan.

“Kami melihat bagaimana mereka memukul orang ramai, ia sudah berlaku pada perlawanan peringkat akhir Libertadores.

“Kami lebih fokus kepada pergaduhan itu daripada perlawanan dan memilih untuk ke bilik persalinan kerana ia adalah cara terbaik untuk menenangkan segala-galanya, tragedi boleh berlaku,” kata Messi kepada wartawan.

Argentina memberitahu bahawa mereka akan hanya menyambung perlawanan tersebut apabila keadaan kembali tenang.

Pemain Brazil kekal dalam padang sementara menanti pasukan Argentina kembali.

Selepas 22 minit, Argentina kembali ke padang semula dan memanaskan badan sebelum perlawanan akhirnya dimulakan.

Semasa perlawanan bermula, berpuluh-puluh anggota polis mengerumuni penyokong Argentina untuk mengawal keadaan.

Ini merupakan kekalahan pertama Brazil di tempat sendiri dalam kelayakan Piala Dunia.

Argentina mendahului kedudukan kumpulan dengan 15 mata dengan Brazil lapan mata di belakang di tempat keenam – tempat terakhir yang menjamin tempat sesebuah pasukan bagi kelayakan Piala Dunia 2026.

Dalam perlawanan lain, Uruguay menundukkan Bolivia 3-0, hasil dua jaringan Darwin Nunez dan gol sendiri pemain tengah Bolivia, Gabriel Villamil.

Columbia juga berjaya mengatasi Paraguay 1-0 melalui sepakan penalti penyerang Columbia, Rafael Santos Borre Maury, pada minit ke-11.

Ecuador juga menang ke atas Chile dalam satu perlawanan sengit, dengan pemain sayap Ecuador, Angel Mina, menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-21 bagi keputusan 1-0.

Keputusan ini bermakna Argentina mendahului kumpulan kelayakan Piala Dunia 2026 Amerika Selatan, dengan Uruguay berada di tempat kedua dengan 13 mata, dan Columbia berada di tempat ketiga, diikuti Venezuela dan Ecuador. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >