Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kempen kelayakan Italy, England berakhir dengan kekecewaan

Nov 21, 2023 | 05:11 PM



LEVERKUSEN (Jerman): Pemain tengah Italy, Davide Frattesi berkata bahawa Italy, juara bertahan Eropah, akan cuba mencapai kejayaan sekali lagi di Jerman, selepas seri 0-0 bersama Ukraine pada 20 November.


Keputusan ini melayakkan Italy ke Euro 2024.

Italy yang gagal layak ke Piala Dunia 2018 dan 2022, berjaya mengelakkan peristiwa yang memalukan jikalau mereka tidak berjaya melayakkan diri ke Euro 2024.

Kedua-dua negara menamatkan saingan dengan 14 mata di belakang England dalam Kumpulan C, tetapi Italy mempunyai rekod perlawanan yang lebih baik kerana mereka menumpaskan Ukraine 2-1 di Milan pada September.

“Kami sedar bahawa jika kami tidak dapat menjaringkan gol pada jam pertama, perlawanan ini akan menjadi sangat sukar. Ukraine kemudian menjadikannya perlawanan lebih fizikal,” kata Frattesi kepada rangkaian televisyen Italy, Rai Sport.

“Kami mengalami banyak tekanan, tetapi secara keseluruhan ia adalah persembahan yang baik. Apa yang penting ialah kami layak (ke Euro 2024),” tambah beliau.

Keputusan perlawanan itu tidak mencerminkan sifat perlawanan sebenar, dengan tahap serangan yang tinggi daripada Italy dan ancaman serangan balas Ukraine mendatangkan beberapa peluang untuk kededua pasukan.

Rayuan penalti lewat Ukraine ditolak, walaupun pemain tengah Italy, Bryan Cristante dilihat mengasari Mykhailo Mudryk pada masa kecederaan.

Ukraine, yang terpaksa bermain di Jerman kerana konflik berterusan dengan Russia, masih mempunyai peluang untuk layak, tetapi perlu memenangi perlawanan play-off pada Mac 2024.


Bagi perlawanan lain di Kumpulan C, England mengalami keputusan yang mengecewakan dalam kempen kelayakan Euro 2024 mereka apabila mereka seri 1-1 bersama Macedonia pada Isnin.

Ini bermakna England gagal menewaskan pasukan serendah 66 dalam ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) buat kali pertama sejak 2016, apabila mereka seri dengan Slovenia.

Pengurus England, Gareth Southgate, menegaskan bahawa penyudah mengecewakan pasukannya pada kempen kelayakan mereka, walaupun menduduki tempat teratas, tidak akan bermakna apabila kejohanan Euro 2024 bermula.

“Saya fikir memandangkan kami sudah melayakkan diri, mentaliti pemain masih cemerlang,” kata beliau.

Satu isu yang membimbangkan Southgate adalah kesukaran pasukannya untuk menembusi barisan pertahanan Macedonia Utara dan pertahanan Malta.

Southgate sudah pasti prestasi yang lebih baik dalam perlawanan persahabatan menentang Brazil dan Belgium pada Mac. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >