Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Messi lelong jersi Piala Dunia

Nov 21, 2023 | 4:13 PM
JERSI BERHARGA: Enam jersi yang dipakai oleh Lionel Messi semasa Piala Dunia 2022 akan dilelong pada Disember. Nilainya dianggarkan lebih AS$10 juta ($13.4 juta).
JERSI BERHARGA: Enam jersi yang dipakai oleh Lionel Messi semasa Piala Dunia 2022 akan dilelong pada Disember. Nilainya dianggarkan lebih AS$10 juta ($13.4 juta). - Foto AFP

NEW YORK: Set enam jersi yang dipakai Lionel Messi semasa memimpin Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 akan dilelongkan pada Disember, dengan nilainya dianggarkan lebih AS$10 juta ($13.4 juta), menurut pengumuman Sotheby’s pada 20 November.

Bintang bola sepak yang berusia 36 tahun itu, telah memakai jersi tersebut pada separuh masa pertama dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang Arab Saudi dan Mexico.

Ia turut dipakai semasa perlawanan menentang Australia, Belanda dan Croatia – dan juga dalam perlawanan peringkat akhir menentang Perancis.

Penyerang itu telah memenangi Piala Dunia buat kali pertama dalam percubaan kelimanya, satu-satunya piala utama yang belum beliau memenangi sebelum ini.

Jikalau jersi itu dapat dijual dengan harga lebih AS$10 juta, penjualan itu akan merupakan penjualan koleksi memorabilia sukan yang paling berharga dilelong, kata Sotheby’s.

Jersi yang paling mahal dijual adalah jersi yang dipakai legenda bola keranjang, Michael Jordan, semasa perlawanan peringkat akhir Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) bersama Chicago Bulls pada 1998.

Ia dijual pada harga AS$10.1 juta pada 2022.

Beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran memorabilia sukan semakin berkembang.

Jersi-jersi dibawa untuk dilelongkan oleh syarikat teknologi Amerika Syarikat, AC Momento, yang membantu para atlet menguruskan koleksi memorabilia mereka.

Sebahagian daripada hasil lelongan itu akan didermakan kepada Projek Unicas, sebuah inisiatif dengan hospital kanak-kanak Barcelona yang membantu kanak-kanak yang menghidapi penyakit yang jarang dihadapi. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg