Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal boleh cabar Man City dalam EPL: Arteta

Aug 07, 2023 | 04:04 PM



LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, percaya pasukannya boleh mencabar juara bertahan Liga Perdana England, Manchester City.


Ini setelah pasukannya menundukkan City 4-1 melalui sepakan penalti dalam perlawanan Perisai Masyarakat – yang menandakan pembukaan musim baru Liga Perdana England (EPL) – pada Ahad di stadium Wembley.

Selepas waktu kecederaan, kedudukan kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan memaksa pengadil untuk melanjutkan perlawanan ke sepakan penalti.

Tendangan cantik Cole Palmer pada minit ke-77 meletakkan City di hadapan tetapi Leandro Trossard menyamakan kedudukan dalam masa kecederaan.

Susulan daripada gol itu, anak didik Arteta memanfaatkan sepenuhnya rentak permainan dengan menyempurnakan keempat-empat tendangan penalti.

Lain pula halnya bagi anak didik Pep Guardiola – dengan percubaan Kevin De Bruyne terkena palang manakala penjaga gawang Arsenal, Aaron Ramsdale, berjaya menyelamatkan sepakan Rodri.

Kemenangan ini bak memberi bayangan terhadap iltizam baru Arsenal bagi melupakan musim EPL yang lalu – musim tersebut menyaksikan The Gunners menguasai tangga teratas liga bagi tempoh yang lama sebelum dipintas City pada perlawanan-perlawanan akhir.


Arteta berkata: “Ia hebat sekiranya para pemain percaya mereka boleh tewaskan setiap pasukan. Saya rasa kami paparkan semangat jitu dan keberanian untuk memenangi perlawanan.

“Kami berhak menang ke atas pasukan yang telah bermain dalam banyak peringkat akhir.

“Tidak ada apa-apa yang boleh menandingi perasaan memenangi trofi di Wembley ke atas pasukan terbaik di dunia.”

Pemain bahagian tengah Declan Rice dan bek kiri Jurrien Timber, antara muka baru Arsenal, turut memaparkan prestasi memberangsangkan.

Sebaliknya Kai Havertz, seorang lagi muka baru dalam skuad kendalian Arteta, kurang menunjukkan taringnya dan terlepas dua peluang keemasan semasa perlawanan.

Sungguhpun demikian, Arteta mempertahankan Havertz dan menjelaskan:

“Havertz pemain hebat, cara beliau beri tekanan (kepada pihak lawan), beliau berada pada kedudukan hebat untuk jaringkan gol. Saya amat gembira dengan prestasinya.”

Beliau turut berkongsi pandangan terhadap peraturan membuang masa yang baru.

Dalam perlawanan Perisai Masyarakat ini misalnya, terdapat lapan minit masa tambahan serta lima minit masa kecederaan selepas 90 minit.

“Kami perlu bersedia untuk bermain 100 minit kerana ia akan berlaku setiap minggu,” jelasnya.

Lain pula halnya bagi Guardiola. Beliau berseloroh: “Ia persoalan baik untuk badan antarabangsa (merujuk kepada para pegawai bola sepak England) kerana mereka tidak berunding dengan pengurus dan pemain.

“Kini setiap perlawanan akan berlangsung selama 100 minit.

“Hari ini, tidak banyak yang berlaku dan sudah ada lapan minit (tambahan). Jika jaringannya 4-3, anda tambah 45 saat untuk (setiap satu daripada) tujuh gol, esok pagi saya masih ada di sini bermain bola.”

Arteta turut menyatakan bahawa walaupun menang Perisai Masyarakat, pemain Arsenal mesti terus kekalkan fokus bagi perlawanan pembukaan EPL mereka menentang Nottingham Forest pada Sabtu.

“Anda menang trofi hari ini, esok anda perlu berlatih dan buat persediaan bagi perlawanan menentang Forest, yang mana ia perlawanan yang berbeza daripada perlawanan (hari ini),” tambah beliau.

City pula bakal membuka tirai perlawanan EPL mereka menentang Burnley di padang lawan. – AFP,




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >