Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLASEPAK PRAMUSIM

Masa depan Van de Beek di United masih tanda tanya

Jaringkan gol tunggal dalam perlawanan menentang Lyon, namun pemain Belanda itu berkata beliau belum tahu akan kekal bersama United musim depan
Jul 20, 2023 | 12:18 PM



LONDON: Pemain midfield Manchester United, Donny van de Beek, berkata beliau masih kurang pasti mengenai masa depannya di kelab Old Trafford itu.


Pemain asal Belanda berusia 26 tahun telah mendapatinya sukar untuk memperkukuh kedudukan beliau dalam pasukan United sejak menyertainya dengan bayaran pemindahan 35 juta paun ($59.9 juta) pada September 2020.

Beliau telah dipinjamkan ke Everton pada 2022, sebelum kembali ke United. Namun, tidak dapat beraksi pada separuh kedua musim lalu ekoran kecederaan lutut yang serius.

“Adakah saya akan kekal di United atau berpindah kelab, saya belum pasti,” kata Van de Beek, selepas menjaringkan gol dalam kemenangan 1-0 United ke atas Lyon di Murrayfield sebagai sebahagian daripada perlawanan pramusim.

“Saya baru kembali dari kecederaan. Saya sudah berlatih untuk beberapa minggu dan baru pertama kali beraksi dalam perlawanan hari ini.

“Saya sudah mencapai tahap kecergasan penuh tapi saya masih perlu terus bekerja keras. Kemudian saya akan lihat apa yang bakal berlaki. Mungkin saya akan berpindah kelab, apa saja mungkin berlaku,” tambahnya.

Jaringan Van de Beek menerusi tendangan ‘volley’ yang cantik pada separuh masa kedua hasil hantaran silang Daniel Gore, adalah kemuncak perlawanan yang diadakan dalam keadaan panas terik di ibu kota Scotland itu.







Meskipun hanya perlawanan pramusim, namun reaksi Van de Beek setelah menjaringkan gol mencerminkan kegembiraan beliau yang mendalam.

“Bagi saya ia adalah detik penting.

“Tentunya ia adalah satu perasaan yang menakjubkan untuk menjaringkan gol, tapi pemain yang telah melalui kecederaan yang serius, lebih memahami perasaannya,” kata beliau.

Sementara itu, sedang pengurus Erik ten Hag, telah berjaya mendapatkan dua sasaran utamanya - Mason Mount dan Andre Onana - namun perlawanan pada Rabu itu menunjukkan United benar-benar perlu membeli sekurang-kurangnya seorang penyerang.

Dengan Marcus Rashford dan Anthony Martial tidak terlibat dalam perlawanan itu, pasukan Red Devils memulakan perlawanan tanpa seorang penyerang dengan Jadon Sancho mengisi posisi tersebut.

Lantaran itu, barisan penggempur United seolah-olah tumpul dengan jaringan Van de Beek itu antara segelintir percubaan ke atas gawang Lyon.

Skuad United kini telah meninggalkan Edinburgh untuk ke New York, untuk memulakan siri perlawanan pramusim sebanyak empat perlawanan.

Ini termasuk pertemuan dengan Arsenal di New Jersey pada Sabtu.

Ten Hag telah menamakan skuad penuh untuk siri perlawanan tersebut, dengan Harry Maguire dijadual menyertai pasukan United meskipun masa depannya dengan gergasi bola sepak dunia itu masih menjadi tanda tanya.

Penjaga gawang Cameroon, Onana, juga dijangka menyertai skuad United di Amerika. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >