Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arsenal catat kemenangan terbesar di tempat lawan dalam pertandingan Eropah

Arsenal belasah PSV Eindhoven 7-1 pada aksi pertama pusingan 16 terakhir
Mar 5, 2025 | 2:43 PM
Ethan Nwaneri (dua dari kiri) meraikan golnya bersama pemain Arsenal.
Ethan Nwaneri (dua dari kiri) meraikan golnya bersama pemain Arsenal. - Foto EPA-EFE

EINDHOVEN (Belanda): Arsenal membelasah PSV Eindhoven dengan tujuh gol menjelang perlawanan kedua peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara mereka.

The Gunners menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama dan empat gol selepas itu.

Ini hampir mengesahkan tempat mereka ke peringkat suku akhir.

Cubaan Ismael Saibari terkena palang gol awal bagi tuan rumah, tetapi Arsenal menguasai permainan selepas Jurrien Timber menjaringkan gol pembukaan Arsenal pada minit ke-18.

Ethan Nwaneri menggandakan kelebihan Arsenal hanya tiga minit kemudian apabila Myles Lewis-Skelly menghantar bola kepada Nwaneri, 17 tahun, untuk menjaringkan gol melepasi Walter Benitez.

Lewis-Skelly, yang telah diberikan kad kuning, bernasib baik kekal di padang setelah mengasari Ledezma.

Mikel Arteta menggantikannya dengan Riccardo Calafiori 10 minit baki separuh masa pertama.

Mikel Merino menambah gol ketiga selepas kekeliruan dalam pertahanan PSV.

Noa Lang merapatkan jurang dengan sepakan penalti bagi PSV selepas Thomas Partey mengasari Luuk De Jong.

Namun Arsenal terus menyerang dengan mudah sebaik sahaja separuh masa kedua bermula.

Martin Odegaard memastikan PSV tidak dapat bangkit dengan menjaringkan gol dari jarak dekat selepas Benitez menepis hantaran kepadanya.

Leandro Trossard lalu menghantar bola melepasi Benitez dari jarak dekat untuk menjaringkan gol kelima Arsenal hanya satu minit selepas itu.

Odegaard menjaringkan gol keduanya dengan gerakan individu yang hebat sebelum Calafiori menjaringkan gol lewat untuk membantu Arsenal mencatatkan kemenangan terbesar mereka di padang lawan dalam sejarah Liga Juara-Juara.

Walau ada perlawanan kedua, Arsenal kelihatan bersedia untuk berdepan juara 15 kali, Real Madrid, atau Atletico.

Sebelum perlawanan itu, perbualan mengenai bagaimana pengurus Arsenal, Mikel Arteta, perlu mencari penyelesaian isu serangan pasukannya kerana gagal menjaringkan gol dalam tiga daripada empat perlawanan sebelum ini.

Nwaneri sekali lagi menunjukkan mengapa beliau diberi peranan utama dengan ketiadaan Bukayo Saka.

Jaringan beliau adalah gol kelapannya dalam 28 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.

Beliau menjadi pemain ketiga yang memulakan perlawanan peringkat kalah mati dalam pertandingan ini di bawah usia 18 tahun, selepas Jude Bellingham dan Phil Foden. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg