Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal hampiri pusingan kalah mati

Nov 09, 2023 | 02:06 PM



LONDON: Arsenal semakin hampir melayakkan diri ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara selepas gol Leandro Trossard dan Bukayo Saka menjamin kemenangan 2-0 ke atas Sevilla pada Rabu.


Anak didik Mikel Arteta kembali menghidupkan peluang mereka di Eropah selepas dua kekalahan berturut-turut di pertandingan domestik susulan jaringan Trossard pada babak pertama dan gol Saka selepas waktu rehat di Stadium Emirates.

Dengan tiga kemenangan daripada empat perlawanan dalam Kumpulan B, Arsenal menghuni tangga teratas, empat mata di depan pasukan tangga kedua, PSV Eindhoven.

Kelab utara London itu boleh menempah tiket mereka ke pusingan 16 pasukan terakhir jika meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada baki dua perlawanan di padang sendiri menentang Lens dan PSV.

Satu-satunya kebimbangan Arteta adalah Saka, yang mengalami kecederaan selepas dilihat terseliuh buku lalinya pada akhir perlawanan.

Saka juga menjadi mangsa kekasaran keras sebelum kecederaan itu, namun Arteta berkata bintang England itu perlu membiasakan diri dengan layanan keras pemain lawan.

“Dia hanya disepak. Harapnya ia tidak serius. Saya berasakan dia akan okay,” katanya.

“Ia berlaku apabila pemain sayap berdepan pertahanan lawan. Saya tidak fikir ia akan mengubah caranya bermain. Dia perlu membiasakan diri dengannya.”

Kemenangan ke atas Sevilla adalah cara terbaik untuk Arsenal melupakan kekecewaan mereka baru-baru ini. 

Mereka tewas di tangan West Ham dalam Piala Carabao sebelum rekod tanpa kalah mereka dalam Liga Perdana England (EPL) berakhir di Newcastle.

“Kami tahu kami perlu mendapatkan tiga mata dan kami berjaya melakukannya,” kata pemain midfield Arsenal, Declan Rice.

“Selepas kekecewaan dalam piala (Carabao) minggu lalu dan kemudian pada hujung minggu, pengurus menjelaskan sebelum perlawanan bahawa kelab seperti ini tidak boleh tewas tiga perlawanan berturut-turut,” tambahnya.

Dalam perlawanan Liga Juara-Juara lain, Real Madrid dan Bayern Munich muncul antara kelab yang layak ke pusingan 16 pasukan terakhir dengan baki dua perlawanan.

Naib juara tahun lalu, Inter Milan, dan Real Sociedad turut menempah tiket mereka ke peringkat kalah mati, menyertai juara bertahan Manchester City dan RB Leipzig layak ke pusingan 16 pasukan terakhir.

Real, pemegang rekod 14 kali juara Eropah, memastikan kemaraan dari Kumpulan C dengan kemenangan 3-0 di laman sendiri. Napoli berpeluang mengiringi Real ke peringkat kalah mati daripada kumpulan itu sekalipun diikat 1-1 di laman sendiri oleh Union Berlin.

Bayern layak ke pusingan seterusnya selepas menang 2-1 ke atas Galatasaray di padang sendiri, kemenangan ke-17 berturut-turut mereka pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >