Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arsenal ketandusan penyerang

Kalah di tangan Man U sewaktu Piala FA pada 12 Jan, bukti kekurangan penyerang taraf dunia
Jan 14, 2025 | 2:44 PM
Pemain Arsenal, Kai Havertz, kelihatan kecewa selepas penaltinya diselamatkan oleh penjaga gawang Manchester United, Altay Bayindir. Arsenal kalah perlawanan itu melalui sepakan penalti dengan Arsenal banyak membazirkan peluang untuk menjaringkan lebih gol.
Pemain Arsenal, Kai Havertz, kelihatan kecewa selepas penaltinya diselamatkan oleh penjaga gawang Manchester United, Altay Bayindir. Arsenal kalah perlawanan itu melalui sepakan penalti dengan Arsenal banyak membazirkan peluang untuk menjaringkan lebih gol. - Foto REUTERS

LONDON: Kekalahan Arsenal kepada Manchester United melalui sepakan penalti walaupun United hanya bermain dengan 10 pemain di Piala FA pada 12 Januari, sekali lagi mendedahkan kelemahan besar dalam pasukan mereka – kekurangan penyerang bertaraf dunia.

The Gunners berada di tempat kedua dalam Liga Perdana England (EPL) dan merupakan pasukan ketiga menjaringkan gol terbanyak dengan 39 gol dalam 20 perlawanan.

Mereka satu-satunya pasukan dalam enam pasukan teratas yang tidak mempunyai penjaring gol yang mencapai jaringan dua angka.

Kai Havertz, yang bermain sebagai penyerang walaupun bukan posisi terbaiknya, merupakan penjaring terbanyak mereka dalam liga, dengan tujuh gol.

Kelemahan mereka di hadapan gol terdedah dalam dua perlawanan terakhir mereka.

Arsenal mencatatkan 23 percubaan tetapi hanya tiga mengena sasaran dalam kekalahan 0-2 kepada Newcastle pada separuh akhir pertama Piala Liga.

Mereka pula hanya mencatatkan tujuh percubaan tepat daripada 26 percubaan menentang Manchester United.

Gabriel Jesus, pemain yang tidak banyak menjaringkan gol, sekurang-kurangnya lebih sesuai bermain sebagai penyerang, terpaksa dikeluarkan di separuh masa pertama akibat kecederaan semasa perlawanan menentang United.

Bekas penyerang Arsenal dan England, Theo Walcott, berkata: “Seperti yang dikatakan sebelum ini, Arsenal memerlukan seorang penyerang yang baik pada masa ini kerana ia akan mengubah nasib mereka.

“Arsenal telah beralih daripada barisan serangan yang lancar, menarik minat penyokong, kepada menjadi hambar di Stadium Emirates.

“Anda memerlukan pemain yang boleh melakukan sesuatu yang berbeza dan mereka tidak memilikinya pada masa ini.”

Alan Shearer, penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam liga perdana, percaya bahawa The Gunners akan terlepas peluang meraih trofi musim ini jika mereka tidak memperkukuh pasukan.

“Saya sudah katakan pada awal musim, saya rasa itu yang mereka perlukan dan saya rasa itu yang akan menyebabkan mereka terlepas gelaran liga jika tidak melabur dalam posisi (penyerang) itu,” kata Shearer.

Jadi, siapakah yang mungkin menjadi sasaran Arsenal pada tempoh pemindahan kali ini?

Berikut adalah beberapa penyerang yang mungkin mereka cari.

Penyerang Lille, Jonathan David antara penyerang dalam senarai pendek Arsenal.
Penyerang Lille, Jonathan David antara penyerang dalam senarai pendek Arsenal. - Foto AFP

Jonathan David, Lille

Penyerang Lille, Jonathan David, yang kini penjaring terbanyak bersama Ligue 1 dan telah menjaringkan empat gol dalam Liga Juara-Juara musim ini, boleh beraksi bagi Arsenal dalam pusingan kalah mati, dengan kontraknya yang akan tamat musim panas ini.


Liam Delap dari Ipswich Town antara penyerang muda berbakat yang mempunyai masa depan cerah
Liam Delap dari Ipswich Town antara penyerang muda berbakat yang mempunyai masa depan cerah - Foto REUTERS

Liam Delap, Ipswich Town

Penyerang England Bawah-21, Liam Delap, yang telah menjaringkan lapan gol untuk Ipswich Town sejak berpindah dengan bayaran £15 juta ($25.1 juta) dari Manchester City, mendapat pujian daripada Gary Lineker, penyiar sukan Inggeris dan bekas pemain bola sepak.

Penyerang Aston Villa, Jhon Duran, menarik perhatian banyak kelab dengan persembahannya untuk Villa musim ini.
Penyerang Aston Villa, Jhon Duran, menarik perhatian banyak kelab dengan persembahannya untuk Villa musim ini. - Foto AFP

Jhon Duran, Aston Villa

Jhon Duran, pemain antarabangsa Colombia berusia 21 tahun, telah mencuri tumpuan dengan gol-gol penting sebagai pemain gantian untuk Aston Villa.

Walaupun baru menandatangani kontrak jangka panjang, tawaran besar mungkin menarik minat Aston Villa untuk melepaskannya.

Penyerang Sporting, Viktor Gyokeres, antara penyerang terbaik tetapi mahal.
Penyerang Sporting, Viktor Gyokeres, antara penyerang terbaik tetapi mahal. - Foto EPA-EFE

Viktor Gyokeres, Sporting

Viktor Gyokeres, penyerang Sweden berusia 26 tahun dan bekas pemain Coventry City, kini cemerlang bersama Sporting Lisbon dan dikaitkan dengan pemindahan ke Manchester United, dengan klausa pelepasan kontraknya bernilai 100 juta euro ($140 juta). – Agensi berita.

“... Arsenal memerlukan seorang penyerang yang baik pada masa ini kerana ia akan mengubah nasib mereka. Arsenal telah beralih daripada barisan serangan yang lancar, menarik minat penyokong, kepada menjadi hambar di Stadium Emirates.”
Theo Walcott, bekas penyerang Arsenal.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg