Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal, Liverpool tersandung, mahkota hampir milik City lagi

LIGA PERDANA ENGLANG (EPL)
Apr 15, 2024 | 03:23 PM



LONDON: Mikel Arteta menggesa pemain Arsenal supaya menunjukkan watak dan sikap kepimpinan selepas usaha anak buahnya mencabar kejuaraan Liga Perdana England (EPL) terjejas menyusuli kekalahan 0-2 kepada Aston Villa pada 14 April di Stadium Emirates.


Arsenal berpeluang merampas kembali kedudukan teratas liga jika mereka menang perlawanan itu, tetapi mereka tewas buat kali pertama dalam 12 perlawanan EPL, dengan dua gol dalam enam minit terakhir oleh Leon Bailey dan Ollie Watkins mengejutkan mereka daripada mimpi.

The Gunners kini menduduki tempat kedua, dua mata di belakang pendahulu liga Manchester City dengan berbaki enam perlawanan. Impian Arsenal dinobatkan sebagai juara EPL kali pertama sejak 2004 nampaknya belum terkubur, dan masih boleh menjadi kenyataan.

Arteta berkata: “Inilah hakikatnya sekarang. Kami sedar perkara ini boleh berlaku. Kini kami perlu respons dengan cara yang betul.

“Sekarang adalah masa untuk bangkit sebagai pemimpin dan menunjukkan watak sebenar. Kami tidak ada cara penyelesaian lain.

“Apabila anda menang dan menang dan menang, ia lebih mudah. Sekarang adalah ujian besar buat kami.

“Jika anda mahu memenangi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara, anda perlu bangkit.

“Dalam mana-mana liga lain di dunia, jika anda memenangi perlawanan berturut-turut, seperti yang kami lakukan, anda akan selesa dengan kelebihan enam atau lapan mata. Ia tidak berlaku di sini. Itulah cabarannya.”

Dalam pada itu, persaingan untuk menjadi juara EPL musim ini semakin sengit, dengan dua mata membezakan City (73 mata) dengan Arsenal dan Liverpool (masing-masing 71 mata).

Liverpool turut tersungkur setelah tewas 0-1 kepada Crystal Palace di padang sendiri pada 14 April – menyusuli kekalahan 0-3 di padang sendiri kepada Atalanta dalam perlawanan Liga Eropah.

Dengan baki enam perlawanan, nampaknya sejarah mungkin berulang dan City sekali lagi ditabal juara EPL, setelah Liverpool dan Arsenal tidak menunjukkan prestasi baik ketika mereka benar-benar perlu melakukan itu.

Ketika menentang Crystal Palace, tempo permainan anak buah Jurgen Klopp amat rendah pada sebahagian besar perlawanan.

Hasrat Klopp memenangi sesuatu pada musim terakhirnya sebagai pengurus Liverpool nampaknya semakin pudar dek pencapaian kurang memberangsangkan dalam perlawanan sebelum ini.

Perkara yang menjadi isu bagi Klopp ialah ketumpulan barisan hadapan – Liverpool hanya menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan terbaru.

Bagi Arsenal pula, keghairahan merapatkan jurang dengan City dan memenangi liga ternyata mengganggu rentak permainan yang biasa ditonjolkan anak buah Arteta.

Ketajaman yang sering ditonjolkan penyerang mereka lenyap, sebaliknya barisan depan mereka kelihatan gopoh dan gementar – seperti semasa perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich.

Lain pula halnya dengan City yang menang besar 5-1 ke atas Luton Town pada 13 April.

City berpeluang menjulang trofi Liga Perdana kali keempat berturut-turut jika skuad kendalian Pep Guardiola itu memenangi baki perlawanan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >