Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool dibenam Atalanta, kemungkinan disingkir

Apr 12, 2024 | 11:22 AM



ANFIELD: Liverpool berdepan dengan halangan mencabar untuk kekal di Liga Eropah selepas mengalami kekalahan 3-0 yang mengejutkan kepada Atalanta dalam perlawanan pertama peringkat suku akhir Liga Europa di Anfield.


Bekas penyerang West Ham, Gianluca Scamacca, jaringkan dua gol, sebelum bekas pemain Chelsea, Mario Pasalic, menyempurnakan kemenangan Atalanta dengan gol ketiga perlawanan tersebut.

Ini meningkatkan kemungkinan mereka mara ke peringkat separuh akhir apabila kededua pasukan ini bertemu lagi bagi perlawanan kedua mereka di Bergamo pada 19 April.

Scamacca membuka tirai perlawanan dengan jaringan beliau pada minit-38 yang melepasi penjaga gawang Liverpool, Caoimhin Kelleher.

Pada malam yang amat mengecewakan bagi Liverpool, Darwin Nunez terlepas dua peluang besar untuk jaringkan gol, manakala percubaan Harvey Elliott terkena palang gawang Atalanta.

Mohamed Salah, yang memulakan perlawanan sebagai pemain gantian, melihat percubaannya diselamatkan oleh penjaga gawang Atalanta, Juan Musso.

Atalanta hampir gandakan kelebihan mereka tetapi Kelleher berjaya menghalang percubaan Teun Koopmeiners.

Jaringan Salah juga dibatalkan akibat ofsaid, tetapi tidak boleh dinafikan bahawa prestasi Liverpool begitu hambar.

Scamacca memanfaatkan peluang menjaringkan gol pada minit ke-60 dan menggandakan kelebihan Atalanta apabila mendapati beliau terlepas pantauan pertahanan Liverpool.

Jaringan pada minit ke-83 Pasalic tiba hasil percubaan Ederson yang hanya berjaya ditepis oleh Kelleher ke arah Pasalic yang memanfaatkan peluang tersebut.

Pemenang perlawanan ini akan berdepan dengan Benfica ataupun Marseille pada peringkat separuh akhir.

Benfica mengatasi Marseille 2-1 dalam perlawanan pertama mereka menentang Marseille dan mempunyai kelebihan apabila berdepan di Perancis sekali lagi pada 19 April.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, kelihatan bingung selepas perlawanan itu berakhir dan menyaksikan pasukannya mengalami kekalahan teruk dengan Atalanta yang hanya menduduki tempat keenam di Liga Italy, Serie A.

Klopp mempunyai banyak pengalaman indah semasa kempen Eropah dalam tempoh sembilan tahun sebagai pengurus Liverpool.

Namun, pada 19 April, ia mungkin perlawanan Eropah terakhir beliau sebagai pengurus Liverpool selepas Atalanta menguasai perlawanan tersebut dan mengalahkan mereka pada 12 April.

Liverpool berharap dapat melupakan kekecewaan mereka di Old Trafford selepas keciciran dua mata menentang Manchester United dalam Liga Perdana England (EPL).

Namun, kini mereka berdepan dengan kemungkinan disingkir daripada Liga Europa ekoran salah satu persembahan yang paling mengecewakan musim ini.

Ini juga merupakan kekalahan pertama di stadium sendiri sejak Februari 2023, apabila mereka dikalahkan Real Madrid 5-2.

Walaupun dengan kepulangan Diogo Jota yang tidak terlibat dalam pasukan Liverpool selama dua bulan akibat kecederaan, prestasi Liverpool tetap mendatar.

Harapan untuk ke perlawanan kedua peringkat suku akhir mereka dengan kelebihan yang selesa juga tidak tercapai.

Persembahan mereka yang mengecewakan ini bermakna harapan Klopp untuk mengakhiri kerjaya sebagai pengurus Liverpool di peringkat akhir Liga Europa di Dublin pada 22 Mei kelihatan sukar dicapai. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >