Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal perlu beli pemain baru dan perkukuh pasukan untuk menang EPL: Arteta

Jun 26, 2023 | 04:22 PM



LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, menerima hakikat bahawa pasukannya perlu diperkukuh dalam musim pemindahan akan datang jika mereka ingin menjuarai Liga Perdana England (EPL) pada musim seterusnya.


Pada musim EPL yang baru melabuhkan tirai, pasukan kendaliannya terlepas piala EPL setelah Manchester City merangkul kejuaraan.

Pasukan yang dikenali sebagai The Gunners itu sedang memburu tandatangan kapten West Ham, Declan Rice, yang turut dikaitkan dengan Manchester City.


Arteta berkata: “Musim seterusnya akan menjadi musim paling mencabar dalam sejarah EPL.

“Sebabnya? Saya telah ada di England untuk 22 tahun dan saya tidak pernah melihat daya persaingan begitu sengit... untuk menang EPL, yang perlu menjadi yang terbaik. Itulah sebabnya pasukan perlu diperkukuh.”

Arsenal telah membuat tawaran dalam lingkungan 75 juta paun ($129 juta), tidak termasuk kos tambahan sebanyak 15 juta paun, manakala Manchester City difahamkan akan mengemukakan tawaran dalam masa terdekat untuk menandingi jumlah tersebut.

Pemain tengah asal England itu membantu West Ham merangkul kejuaraan Liga Conference Eropah setelah menang 2-1 ke atas kelab liga Italy, Fiorentina.

Beliau, yang berusia 24 tahun, barangkali mungkin menjadi pemain termahal Arsenal setelah menjangkau rekod yang dicatatkan Nicolas Pepe pada 2019 iaitu 75 juta paun.

West Ham memberi anggaran bahawa mereka inginkan sekurang-kurangnya 90 juta paun untuk Rice – beliau bakal menjadi pemain kedua termahal asal England, di belakang Jack Grealish yang berpindah ke Manchester City dari Aston Villa dengan harga 100 juta paun.

Prestasi Rice sejak beberapa tahun kebelakangan ini amat memberangsangkan setelah beliau pernah dilepaskan oleh Chelsea semasa usianya 14 tahun kerana dikatakan bertubuh kerdil dan tidak mempunyai susuk tubuh atletik.

Pada 2018, beliau bermain untuk Ireland dan sering dikerahkan di barisan pertahanan tetapi beliau kini menjadi tonggak utama England di bahagian tengah padang.

Dalam satu wawancara selepas peringkat akhir Liga Conference Eropah, bekas pemain England Owen Hargreaves berkata:

“Rice akan memulakan perlawanan dalam kesebelasan utama setiap pasukan EPL kecuali Manchester City kerana Rodri (pemain midfield Man City) merupakan salah satu pemain terbaik dunia.

“Namun demikian, beliau boleh menjadi salah seorang daripada pemain pertahanan tengah yang terbaik di dunia. Tetapi posisinya bukanlah nombor 10 atau lapan.”

Rice telah bermain untuk 245 perlawanan dan menjaringkan 15 gol bagi West Ham. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >