Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kai Havertz pindah ke Arsenal dengan bayaran £65j

Jun 22, 2023 | 09:27 AM



LONDON: Arsenal telah mencapai persetujuan dengan pasukan jiran di London, Chelsea, untuk membeli Kai Havertz dengan bayaran sekitar £65 juta ($111 juta). 


Difahami, kededua kelab telah mencapai persetujuan secara lisan dan pemain warga Jerman itu kini dibenarkan untuk membincangkan terma peribadi dan menjalani pemeriksaan kesihatan.

Bayaran itu boleh bertambah jika beberapa syarat persetujuan dipenuhi pada masa depan.

Havertz, 24 tahun, menyertai Chelsea daripada Bayer Leverkusen pada 2020 dengan bayaran £71 juta.

Beliau telah menjaringkan sembilan gol dalam 47 perlawanan bagi Chelsea pada musim lalu.

Pemain itu juga menjaringkan gol kemenangan bagi Chelsea ke atas Manchester City dalam peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah 2021.

Havertz dijangka memperkukuh skuad Arsenal, dengan pengurus, Mikel Arteta, mendamba menambah beberapa pemain bagi membolehkannya bersaing dengan lebih baik dalam Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan.

Arsenal juga sedang memburu tandatangan pemain midfield England, Declan Rice, yang kini menyarung jersi West Ham.

Namun, bidaan kedua yang dibuat Arsenal – bernilai sekitar £71 juta – ditolak oleh West Ham.

Dalam pada itu, Chelsea sedang berusaha mengurangkan bilangan pemain dan juga telah mencapai persetujuan dengan Manchester City untuk menjual pemain midfield asal Croatia, Mateo Kovacic, 29 tahun dengan harga £30 juta. 

Pemain nasional Perancis, N’Golo Kante, 32 tahun, telah bersetuju menyertai juara liga Arab Saudi, Al-Ittihad, apabila kontraknya dengan Chelsea tamat pada akhir Jun.

Pemilik Chelsea baru, Todd Boehly, difahami enggan menyimpan pemain tanpa kontrak diperbaharui jika kontrak pemain itu berbaki dua tahun. 

Havertz, yang kontraknya dengan Chelsea dijadual tamat pada 2025, enggan melanjutkan kontrak tersebut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >