Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

West Ham juarai Liga Conference Europa

Jun 08, 2023 | 10:51 AM



PRAGUE: West Ham mengakhiri penantian 43 tahun mereka untuk menjulang trofi utama selepas Jarrod Bowen menjaringkan gol minit terakhir bagi mengalahkan Fiorentina dan menjuarai Liga Conference Europa di Prague.


Perlawanan akhir itu kelihatan akan memasuki masa tambahan selepas jaringan penalti Said Benrahma bagi West Ham pada separuh masa kedua dibalas oleh jaringan gol Giacomo Bonaventura sekitar tujuh minit kemudian.

Ramai peminat West Ham menyangka pasukan kegemaran mereka telah memenangi perlawanan tersebut menyusuli jaringan penalti Benrahma itu, yang diperolehi selepas bola disahkan mengena tangan kapten Fiorentina Cristiano Biraghi hasil tandukan Bowen.

Perlawanan berlangsung dalam suasana tegang, malah buruk pada satu ketika apabila Biraghi terkena botol plastik yang dilontar dari seksyen West Ham.

Kecederaan pemain West Ham, Burt Zouma, sebelum Benrahma menjaringkan golnya mengubah sedikit rentak permainan pasukan England itu.

Perlawanan itu berakhir dalam suasana agak dramatik.

Bowen memastikan masa lariannya tepat apabila Lucas Paqueta membuat umpanan cantik ke arahnya melepasi barisan pertahanan Fiorentina.

Pemain asal England itu berlari bebas, mengimbangi dirinya, dan mengakhiri usaha itu dengan satu percubaan ke arah pintu gol yang menewaskan penjaga gawang Fiorentina, Pietro Terraciano.

Gol itu membawa kemenangan 2-1 dan mahkota buat West Ham.

Stadium diselubungi suasana sorakan dan laungan padu penykong kelab itu itu, yang datang dalam kumpulan amat besar – lebih 5,000 tiket disediakan untuk mereka.

Pengurus West Ham, David Moyes, terus berlari ke tepi padang untuk menyambut kejayaan besar pertama dalam kerjayanya.

Dengan ini, kapten West Ham, Declan Rice, yang dilaporkan mungkin bermain kali terakhir bagi kelab itu, telah menyamai legenda kelab itu, Bobby Moore dan Billy Bonds, dengan memimpinnya meraih kejayaan besar.

Moore, kapten West Ham semasa pasukan itu menjuarai Juara Piala Eropah pada 1965, sementara Bonds menjadi kapten semasa pasukan itu memenangi Piala FA pada 1975 dan 1980.

Kemenangan itu juga mengesahkan kelayakan West Ham ke Liga Europa dan ini bermakna ia akan dapat berasa pertandingan Eropah buat tahun ketiga berturut-turut – iaitu kali pertama dalam sejarah pasukan itu.

Sedang pemain Fiorentina memujuk satu sama lain selepas kekalahan mereka, suasana dalam kem West Ham begitu riuh dengan sorakan.







Daripada penyerang Divin Mubama, yang berusia 18 tahun dan tidak terlibat langsung dalam perlawanan akhir itu, hingga kepada Moyes, mereka semua menyambut kejayaan tersebut dengan penuh kemeriahan, sambil menjulang trofi yang lama diidam itu.

Namun, Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) pasti akan mengenakan tindakan ke atas West Ham menyusuli kejadian tidak diingini pada separuh masa pertama apabila Biraghi mengalami kecederaan hingga kepalanya terpaksa dibalut.

Ini memaksa West Ham mengeluarkan kenyataan mengutuk mereka yang bertanggungjawab di sebalik kejadian tidak diingini itu.

Reaksi di padang dan tempat duduk penonton selepas wisel penamat seolah-olah akan dapat memberi keyakinan dan harapan kepada Aston Villa, wakil England dalam Liga Conference Europa pada musim akan datang.

Sementara itu, masa depan Rice masih belum diketahui dan itulah yang disukai peminat, yang lama mengikuti perkembangannya, daripada sebagai pemain akademi hingga menyarung jersi England.

Yang pasti, Bowen telah menjaringkan gol kemenangan. West Ham muncul juara dan Rice dapat menjulang trofi untuk pasukannya itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >