Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arsenal tampil hebat, tewaskan Dinamo

The Gunners lonjak ke tangga ketiga kedudukan, hampir layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara
Jan 23, 2025 | 3:17 PM
Pemain tengah Arsenal dari Norway, Martin Odegaard (kiri) menjaringkan gol ketiga pasukannya.
Pemain tengah Arsenal dari Norway, Martin Odegaard (kiri) menjaringkan gol ketiga pasukannya. - Foto AFP

LONDON: Arsenal hampir layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-0 ke atas pasukan Croatia, Dinamo Zagreb di Stadium Emirates.

Hanya kekalahan teruk di Stadium Girona di Sepanyol pada 30 Januari akan menghalang The Gunners, yang berada di tempat ketiga, daripada berada di kedudukan lapan teratas.

Arsenal mendahului pada minit kedua apabila hantaran lintang Gabriel Martinelli disalurkan ke laluan Declan Rice oleh Kai Havertz dan pemain tengah England itu merembat bola melepasi penjaga gawang Zagreb, Ivan Nevistic.

Havertz menambah gol kedua pada minit ke-66 – gol ke-500 pasukan itu di bawah pengurus Mikel Arteta – apabila beliau menanduk masuk hantaran lintang Martinelli.

Kapten Martin Odegaard turut menjaringkan gol ketiga di saat-saat terakhir perlawanan.

Zagreb jarang memasuki bahagian padang Arsenal dan kapten Arijan Ademi merembat dari jarak jauh dalam beberapa percubaan mereka.

The Gunners boleh menjaringkan lebih banyak gol namun rembatan Rice disekat selepas hantaran bijak Odegaard manakala tandukan pemain pertahanan tengah, Gabriel tersasar dari tepi kotak penalti.

Arteta berkata beliau mahu pasukannya “mengambil kesempatan” atas apa yang telah mereka lakukan setakat ini untuk meletakkan diri mereka dalam kedudukan yang kukuh menjelang perlawanan akhir, lapor BBC Sports.

The Gunners melakukannya dari awal – dan menyelesaikan sebarang kebimbangan yang mungkin timbul apabila Rice membuka jaringan dengan gol Arsenal paling awal sejak percubaan 72 saat Yaya Sanogo menentang Borussia Dortmund pada 2014.

Pengurus Sepanyol itu diberi dorongan dengan adanya Riccardo Calafiori di bangku simpanan bersama Ethan Nwaneri ketika kededuanya kembali daripada kecederaan.

Myles Lewis-Skelly tidak berada dalam skuad kerana kecederaan kecil dan Arteta berharap beliau dapat kembali beraksi di padang tidak lama lagi.

Tetapi, yang penting Arteta berharap pasukannya boleh mempamerkan prestasi terbaik di Stadium Emirates dalam Liga Juara-Juara – mereka hanya tewas satu daripada 26 perlawanan peringkat kumpulan di padang sendiri – ke fasa kalah mati. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg