Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal tersungkur, laluan terbuka bagi Man City, Liverpool

Dec 29, 2023 | 12:10 PM



LONDON: Persaingan bagi merebut kejuaraan Liga Perdana England (EPL) kini semakin mencabar buat sesetengah pasukan.


Pada Oktober, Tottenham Hotspur mula menunjukkan taring sejak di bawah pengurus baru Ange Postecoglou dan menduduki tempat teratas liga.

Sebulan kemudian pada November, giliran Manchester City pula menduduki tempat teratas sebelum menghadapi krisis selepas hanya menang satu daripada enam perlawanan.

Dan kini, kekalahan Arsenal di tangan West Ham menghalang pasukan bergelar Gunners itu daripada kembali ke kedudukan teratas liga, dan seolah-olah tiada pasukan yang benar-benar mampu mengekalkan kedudukan tersebut.

Buat masa ini Liverpool masih mendahului tangga EPL dengan 42 mata, sementara Tottenham yang berada di tangga kelima yang tewas 4-2 di tangan Brighton pada awal pagi 29 Disember hanya enam mata di belakang Liverpool.

Hanya dua kali dalam sejarah EPL, jurang antara pasukan pertama dengan pasukan kelima begitu rapat (musim 1992 dan antara 1996-1997).

Justeru persaingan bagi kejuaraan EPL boleh dianggap lebih sengit buat masa ini.

Menurut bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, dalam catatannya dalam X (dahulu Twitter):

“Saya fikir musim ini memang menarik apabila melihatkan persaingan yang sedang berlangsung dan selagi pasukan mula kehilangan mata permainan.”

Memang sukar membuat ramalan bagi musim kali ini, apabila ditanya pasukan mana berpeluang menjulang kejuaraan EPL.

Menurut lagenda Arsenal, Thierry Henry pula:

“Apa kata anda tanya saya sekali lagi pada Februari nanti.

“Apabila Arsenal berada di puncak liga semasa Krismas, ia akan mula kehilangan mata, tapi kali ini tidak begitu pula.

“Jadi kini saya akan buat ramalan selepas musim perayaan.”

Bekas penyarang berbisa Newcastle, Alan Shearer, pula berkata memang sukar diramal perlawanan antara Arsenal dengan West Ham di Stadium Emirates.

Apatah lagi Tomas Soucek memberi West Ham mendahului perlawanan pada minit ke-13.

Jaringan itu menimbulkan penilaian semula yang lama menerusi video penolong pengadil (VAR) bagi memastikan bola telah melepasi garisan gawang.

“Tiada bukti kukuh saya fikir untuk tidak mengesahkan gol itu,” kata Shearer lagi.

Perlawanan tersebut bak sejarah berulang buat Arsenal.

Pada November, Gunners mengalami kekalahan tipis 1-0 di tangan Newcastle hasil jaringan yang serupa dan dianggap kontroversi semasa perlawanan berlangsung di St. James’ Park.

Ini membuat pengurus Arsenal, Mikel Arteta, menganggap keputusan VAR sebagai memalukan kerana membenarkan gol tersebut.

Tapi selepas kekalahan di tangan West Ham pula, Arteta lebih pragmatik dan menyatakan:

“Ia memang begitu nampaknya.

“Teknologi yang digunakan pada masa ini tidak dapat memastikan sekiranya bola sudah keluar.”

Pada musim lalu Arsenal berada lima mata di belakang juara EPL, Manchester City dan keputusan yang dibuat hasil penilaian VAR dikatakan membuat Arsenal hilang enam mata.

“Ini kali kedua selepas kekalahan hampir serupa kepada Newcastle sebelum ini,” kata bekas penyerang Arsenal, Thierry Henry lagi.

Naman bekas pengadil EPL, Mark Clattenberg yang setuju dengan keputusan pengadil bahawa bola tersebut telah melepasi garisan gawang, mencadangkan agar liga itu mula menggunakan sejenis alat dalam bola yang dapat menjejak pergerakannya – seperti yang digunakan dalam pertandingan besar. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >