Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal tidak gentar berdepan United

Mar 10, 2019 | 05:30 AM



SELEPAS bermula dengan cemerlang bersama Arsenal, Unai Emery berdepan dengan masa-masa yang kritikal selepas tewas beberapa perlawanan penting liga dan juga beberapa kejuaraan tempatan seperti Piala FA, Piala Liga dan yang terbaru Liga Eropah.



Namun, prestasi Arsenal dalam liga tempatan baik sedikit, dengan mereka memenangi tiga perlawanan berturut-turut, sebelum seri pada perlawanan terakhir menentang jiran sekota, Spurs.



Dengan hanya ketinggalan hanya satu mata sahaja di belakang tempat ketiga, Manchester United merupakan pasukan lawan mereka di Emirates.



Perlawanan ini pasti sangat penting kerana kemenangan akan menempatkan mereka melonjak ke tangga keempat.



Namun, Arsenal pasti berdepan dengan tugasan berat kerana lawan mereka yang bakal bertandang ke gelanggang mereka ini masih lagi belum tewas dalam 12 perlawanan sejak diambil alih oleh Ole Gunnar Solksjaer, mentelah lagi mereka kini dalam semangat yang sangat tinggi selepas mengejutkan PSG dalam Liga Juara-Juara Eropah.



Pada masa yang sama, ini juga merupakan perangsang buat Gunners menimpakan kekalahan pertama Manchester United sejak Disember tahun lalu.



Di tambah pula dengan kekalahan terbaru mereka di tangan Rennes pada Liga Eropah, mereka kini tiada pilihan lain selain merebut tempat keempat liga, dan memulakan saingan ini dengan meraih tiga mata penting pada Ahad ini.



STRATEGI, FORMASI & KESEBELASAN UTAMA



Apabila berdepan dengan pasukan Unai Emery ini, sebenarnya tidak dapat dipastikan apakah bentuk strategi dan formasi yang bakal dihadapi pihak lawan di padang kelak.



Bukan itu sahaja, beliau juga gemar membuat pertukaran pemain tanpa dijangka. Bayangkan perlawanan mereka minggu lalu. Shkodran Mustafi diturunkan sebagai pemain bek kanan walaupun terdapat pilihan lain seperti Stephan Leichteiner. Begitu juga dengan keputusannya merehatkan penjaring terbanyak mereka, Pierre-Emerick Aubameyang, dalam perlawanan genting menentang jiran sekota, Spurs. Sama juga Lucas Torreira yang akhirnya diturunkan sebagai pemain gantian dan kemudiannya dibuang padang.



Sebagai pasukan lawan, ia pasti mengelirukan mereka. Namun, tidak kurang juga peminat mereka sendiri yang kadangkala turut berasa hairan dan tidak memahami keputusan Emery.



Apa yang pasti, Emery seorang pengurus yang sangat teknikal dan gemar menyusun strategi dan formasi berdasarkan kekuatan pihak lawan. Sama ada formasi 4-2-3-1, 4-5-1 ataupun 3-4-3, ia diatur bagi menyerap tekanan pasukan yang menentang mereka, selain memberikan kelebihan kepada Arsenal.



Emery, kali ini dijangka bertindak lebih ofensif memandangkan mereka bermain di Emirates, dan dengan itu formasi 4-2-3-1 atau 3-4-3 mungkin menjadi pilihan Emery.



Jika formasi 4-2-3-1 digunakan, Sokratis Papastathopoulos, Nacho Monreal, Laurent Koscielni dan Mustafi sekali lagi terpaksa diturunkan.



Sementara Granit Xhaka dan Matteo Guendouzi kemungkinan besar menjadi pemain tengah yang membentengi pertahanan mereka. Aubameyang, Alex Iwobi dan Henrikh Mkhitaryan pula bermain di belakang Alexander Lacazette. Kemungkinan Mesut Ozil atau Aaron Ramsey diturunkan di belakang Lacazette juga tidak dapat ditolak.



Namun, andainya Emery menggunakan formasi 3-4-3, maka Monreal dan Kolasinac akan bermain sebagai 'wing back', manakala Shkodran Mustafi akan disertakan sebagai salah seorang daripada bek tengah. Iwobi, Xhaka dan Guendouzi pula bakal mengetuai jentera tengah dan di hadapan mereka Aubameyang, Mkhitaryan dan Lacazette.



Apa yang pasti, Emery perlu menggunakan segala kepakaran taktikalnya bagi mengejutkan Manchester United, sementara pemainnya perlu disiplin, dan jika segalanya berjalan lancar, usah terkejut giliran anak buah Ole pula gigit jari kerana setiap apa yang namanya rekod, akhirnya akan pecah jua.



PEMAIN YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN - Granit Xhaka



Tiada pemain yang mampu menyatakan tempat mereka terjamin di bawah kendalian Unai Emery. Tidak kira sama ada namanya Alexander Lacazette atau Pierre-Emerick Aubameyang, hatta, Aaron Ramsey bintang Gunners juga tidak terkecuali dan dilepaskan secara percuma.



Namun, keadaan ini berbeza daripada Granit Xhaka. Namanya antara yang pertama sekali disertakan, andainya beliau cergas. Tidak kiralah sama ada dalam fungsi sebagai pemain pertahanan defensif pada formasi 4-2-3-1 ataupun dalam posisi tengah no 6 atau no 8 dalam formasi 3-4-3 atau 4-3-3.



Malah Xhaka pernah disertakan sebagai pemain bek tengah kecemasan ketika Arsenal menghadapi krisis kecederaan pertahanan tengah. Begitulah betapa genting dan bernilainya pemain antarabangsa Switzerland ini di sisi Emery.



Bukan sahaja beliau berperanan sebagai perisai yang melindungi pertahanan Gunners, tapi dari semasa ke semasa beliau juga menjaringkan gol-gol penting pasukannya terutamanya melalui percubaan jarak jauh atau melalui tendangan percuma. Sebagai rekod beliau telahpun menjaringkan tiga gol liga pada musim ini.



Dengan itu, dapat dibayangkan betapa gentingnya peranan Xhaka dalam perlawanan pada Ahad ini. Emery pasti mengharapkan Xhaka menyerlah dengan tugasan utamanya bagi mengawal jentera tengah Arsenal dan menyekat asakan pemain ofensif pasukan Manchester United. Jika Xhaka dapat memainkan peranannya dengan berkesan dan efektif, maka Arsenal berada pada landasan yang baik bagi memberikan kekalahan pertama buat Ole musim ini pada perlawanan liga, dan seterusnya memintas Manchester United untuk naik ke tangga keempat liga dan mencerahkan peluang mereka melayakkan diri dalam Liga Juara-Juara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >