Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal tunjuk taring, jadi pencabar kejuaraan liga

Feb 05, 2024 | 02:32 PM



Sambutan liar Arsenal jelas menggambarkan betapa pentingnya kemenangan 3-1 mereka ke atas rakan pencabar kejuaraan Liga Perdana England (EPL), Liverpool, pada 4 Februari.

Mikel Arteta dan anak didiknya tahu jauh di lubuk hati mereka pertemuan itu mempunyai potensi untuk mengakhiri pemburuan kejuaraan liga mereka.

Mungkin terlalu awal untuk mengisytiharkan perlawanan itu sebagai “mesti menang” tetapi ia pastinya “tidak boleh kalah” kerana kekalahan akan meletakkan Arsenal lapan mata di belakang pasukan Liverpool yang hanya tewas satu perlawanan liga ketika tiba di Stadium Emirates.

Sejurus selepas The Gunners tergelincir dalam separuh pertama dengan menghadiahkan Liverpool gol penyamaan beberapa saat sebelum waktu rehat, rintihan yang boleh didengari di sekeliling stadium dan luahan terkejut di wajah pemain mereka menunjukkan sejarah lama bakal berulang semula.

Pada separuh masa pertama khususnya, Arsenal lebih berdaya saing daripada Liverpool, lebih kuat mengasak – ciri-ciri yang membuatkan pasukan Jurgen Klopp begitu digeruni – tetapi sebaliknya, The Reds memakan racun mereka sendiri.

Namun Arsenal entah bagaimana gagal mendahului.

Peminat Liverpool yang lebih gembira semasa waktu rehat.

Adakah Arsenal akan tumpas di tangan Liverpool sekali lagi?

Sebaliknya, dengan pertaruhan yang begitu tinggi, Arsenal mempamerkan perwatakan hebat untuk mengatasi keraguan, berkumpul semula dan diakui dibantu oleh beberapa aksi pertahanan Liverpool yang mengecewakan, menyimpulkan prestasi hambar pasukan Jurgen Klopp.

Ini meletakkan Liverpool tepat di tengah-tengah perlumbaan tiga penjuru untuk merebut kejuaraan liga.

Kegembiraan Arsenal pada wisel penamat ternyata tidak terkawal.

Martin Odegaard “merampas” kamera untuk merakam aksi jurugambar pasukan Arsenal, Stuart MacFarlane, bergembira meraikan kemenangan, menunjukkan suasana sebenar di stadium.

Ternyata tiga mata yang dipungut Arsenal begitu bermakna buat The Gunners.

Siapa boleh menyalahkan Odegaard?

Mungkin ada, tetapi ini adalah detik terbesar musim Arsenal setakat ini.

Arsenal kini hanya dua mata di belakang Liverpool, tetapi perlumbaan kejuaraan liga yang mendebarkan ini bakal menjadi lebih sengit dengan kehadiran juara bertahan Manchester City, yang akan menduduki tempat teratas jika mereka memenangi kelebihan dua perlawanan mereka, bermula di Brentford pada 5 Februari.

Buat masa kini, pasukan Arteta bagaimanapun, boleh berpuas hati dengan permainan dan keputusan pasukannya.

Perwatakan Arsenal sentiasa hangat dikritik apabila melihat kekalahan mereka sebelumnya.

Ini termasuk ketika keputusan seri yang baik di Anfield, kekalahan di tempat sendiri oleh West Ham, kekalahan tidak bersemangat di Fulham dan penyingkiran pusingan ketiga Piala FA yang melemahkan keyakinan kepada Liverpool di Emirates.

Tindak balas pemain Arsenal tepat seperti yang dituntut oleh pengurus mereka, dengan membelasah Crystal Palace 5-0 dan kemenangan yang profesional 2-1 ke atas Nottingham Forest. 

Tetapi mengalahkan Liverpool, yang satu-satunya kekalahan liga sebelum ini adalah kekalahan yang sangat dipertikaikan di Tottenham pada 30 September 2023.

Ia boleh dikatakan lebih bermakna daripada kemenangan lain musim ini berdasarkan keadaan, walaupun selepas menewaskan Manchester City di laman sendiri.

“Ia memberikan kami momentum, tiga kemenangan berturut-turut dan cara kami melakukannya, kami kini berada kembali dalam laluan untuk mencabar kejuaraan liga… Sangat mengujakan,” kata Arteta.

“Ia adalah perlawanan penting yang akan menentukan di mana kami berada dan di mana kami akan berada. Apa yang dihasilkan pemain adalah menakjubkan,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >