Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Profil Tokoh Sukan

Legenda yang ubah nasib Liverpool

Kini ‘The Reds’ sudah rangkul hampir semua piala utama di England dan Eropah
Feb 05, 2024 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Terdapat klip video popular di YouTube mengenai seorang wartawan televisyen yang berkeliaran di jalan raya di sekitar bandar Liverpool memberitahu penyokong kelab Liverpool yang bagai tidak percaya bahawa pengurus tersohor pasukan mereka, Bill Shankly, telah mengumumkan persaraannya.


Tarikhnya ialah pada 12 Julai 1974.

Kini, tiga dekad kemudian, dalam dunia bola sepak yang amat berbeza, emosi yang sama kini dirasakan setiap penyokong Liverpool apabila Jurgen Klopp mengumumkan pada 26 Januari bahawa beliau akan meninggalkan Anfield pada hujung musim.

Ini adalah sesuatu yang jarang berlaku, satu pengumuman yang sangat penting yang dibuat tanpa sedikit pun petunjuk terlebih dahulu, yang bukan hanya mengejutkan penyokong Liverpool, malah menggegarkan dunia bola sepak di luar Anfield.

Reaksi keliru bercampur sedih menggamit jiwa penyokong Liverpool mencerminkan ikatan erat yang terjalin antara Klopp dengan mereka, sejak pengurus asal Jerman itu menjadi sebahagian keluarga Anfield pada Oktober 2015.

Apa yang berlaku selepas itu adalah sesuatu yang luar biasa, perjalanan yang sungguh mengujakan di mana pengurus berusia 56 tahun itu telah berjaya merangkul hampir semua anugerah utama, termasuk Liga Juara-Juara Eropah keenam Liverpool pada 2019 dan takhta Liga Perdana England (EPL) pertama kelab itu dalam 30 tahun, 12 bulan kemudian.

Liverpool juga telah memenangi Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab Fifa selain Piala Liga dan Piala FA pada 2021-22.

Seperti yang berjaya beliau lakukan di kelab pimpinannya sebelum ini – Mainz dan Borussia Dortmund – Klopp serta-merta menyentuh degupan jantung Liverpool, dengan cara yang paling emosional.

Pendekatan Klopp yang mesra penyokong, ghairah dan bersemangat menjiwai segala yang penting bagi penyokong Liverpool, meletakkan beliau setaraf dengan pengurus hebat sebelum ini seperti Bill Shankly, Bob Paisley, Joe Fagan dan Sir Kenny Dalglish.

Dalglish sendiri mengumumkan peletakan jawatannya secara mengejut pada1991. Kini, Klopp yang merupakan pengurus ke-20 sejak penubuhan kelab profesional England itu pada 1892, melakukan hal serupa.

Pemergian Klopp tinggalkan
kekosongan besar

“Pemergian Klopp akan meninggalkan kekosongan yang besar, begitulah kekuatan personalitinya dan cara segala-galanya di kelab itu dilihat melalui pandangannya sebagai pengurus cemerlang,” kata bekas pemain Liverpool dan England, Michael Owen.

Apabila Klopp meninggalkan dua kelabnya sebelum ini, kedua-dua penyokong dan pengurus terkesan, sehingga ada air mata yang menitis. Pastinya, air mata akan sekali lagi berlinangan apabila Klopp membuat penampilan terakhirnya di Anfield.

Liverpool berdepan dengan krisis besar dengan persembahan yang semakin merosot, sekali gus memaksa kelab tersebut memecat pengurus muda berbakat, Brendan Rodgers, semasa Klopp dipujuk menerajui kelab tersohor itu dan meninggalkan Dortmund, di mana beliau menikmati pelbagai kejayaan.

Reputasi yang telah dibina Klopp di Jerman, setelah Dortmund memenangi Bundesliga dua kali dan berjaya ke final Liga Juara-Juara Eropah pada 2013, tetapi tewas di tangan Bayern Munich, bermakna beliau disambut dengan tangan terbuka di England.

Tenaga yang dipamerkan Klopp, serta bakat pengurusannya yang jelas, menyuntik keyakinan baru di Liverpool. Namun, sejujurnya Klopp telah mencapai lebih daripada jangkaan setiap jangkaan penyokong Liverpool ketika itu.

Pada musim pertamanya, meskipun dengan skuad yang hambar di bawah pimpinan Rodgers, Klopp membimbing para pemain itu ke final Piala Liga dan final Liga Europa, meskipun tewas di tangan Manchester City dan Sevilla.

“Gaya bola sepak intensiti tinggi Klopp memenangi dengan segera jiwa dan hati penyokong Liverpool,” kata bekas kapten Liverpool, Paul Ince.

Ubah pemain biasa jadi
bintang taraf dunia

“Namun, apa yang lebih menakjubkan ialah bagaimana Klopp berjaya menjadikan pemain-pemain ‘biasa’, yang gagal menyerlah sebelum ini, menjadi pemain bertaraf dunia.

“Antara mereka ialah Roberto Firmino. Beliau telah berada di Anfield selama dua musim sebelum ketibaan Klopp. Dari penyerang yang tampak tidak mampu memenuhi jangkaan penyokong dan tuntutan liga England, Firmino menjadi legenda kelab,” tambah Ince lagi.

Selain memberi semangat baru kepada pemain sedia ada, Klopp juga telah merekrut pemain dengan bijak.

Di tenaga penggempur, beliau membangunkan kombinasi paling berbisa di England dan Eropah menerusi pembelian Sadio Mane dan Mohamed Salah, bagi melengkapkan serangan Liverpool yang diterajui Firmino.

Kemudian beliau memperkukuh benteng pertahanan dan memperkenalkan pemain yang dapat menjadi pemimpin di padang dan bilik persalinan, dengan mendapatkan khidmat bek tengah, Virgil van Dijk dari Southampton.

Pada 2018, Liverpool berjaya ke final Liga Juara-Juara, namun tewas di tangan Real Madrid.

Kekalahan itu disebabkan dua faktor, kata Ince.

“Pertama ialah kecederaan awal Salah, yang jelas menjadi sasaran pemain Real dan dikasari berkali-kali.

“Kedua ialah kesilapan penjaga gawang, Loris Karius,” ujar beliau.

Sebab kedua itu ditangani Klopp dengan pantas, dengan mendapatkan khidmat penjaga gawang Brazil, Alisson Becker, dari Roma pada musim seterusnya.

Era Klopp bermula apabila
rangkul Liga Juara-Juara 2019

‘Era Klopp’ di Anfield bermula apabila kelab itu memenangi Liga Juara-Juara pada 2019 dengan kemenangan 2-0 ke atas kelab England, Tottenham Hotspur.

Ini disusuli pencapaian paling besar pengurus itu, yang mengakhiri penantian dan penyeksaan yang dirasakan penyokong Liverpool selama tiga dekad, iaitu memenangi kejuaraan Liga Perdana pada musim seterusnya.

Ia adalah pencapaian yang luar biasa, meskipun kejayaan itu dicapai di depan stadium kosong ekoran pandemik Covid-19.

Lantaran itulah, para penyokong Liverpool mengharapkan pasukan mereka dapat sekali lagi menjulang piala Liga Perdana di akhir musim ini, sebagai pentas paling sesuai untuk mereka dan Klopp masing-masing mengucapkan selamat tinggal.

Era Klopp juga akan diingati sebagai antara kemuncak sejarah Liga Perdana England ekoran saingan antara beliau dengan pengurus Manchester City, Pep Guardiola.

Kededua pengurus hebat itu menghadapi pertarungan antara mereka dengan begitu sengit, namun dalam suasana yang saling menghormati.

Diminta mengulas, Guardiola berkata:

“Ia amat mengejutkan, dan Liga Perdana kehilangan seorang tokoh yang besar. Liga Perdana kehilangan sesuatu (dengan pengumuman Klopp meninggalkan Liverpool).

“Namun, yang pasti, saya akan tidur lebih lena kerana sepanjang Jurgen memimpin Liverpool, tidur saya tidak pernah tenang.”

Siapa pengganti Klopp?

Perbincangan kini mula beralih tumpuan kepada pengganti Klopp dan satu nama yang menonjol ialah bekas pemain Liverpool, Xabi Alonso.

Bekas pemenang Liga Juara-Juara bersama kelab Anfield itu, Alonso, sedang memimpin kelab Jerman, Bayern Leverkusen, dengan cemerlang. Kelab tersebut kini menduduki puncak Bundesliga. Beliau juga merupakan pilihan ramai penyokong Liverpool.

“Pencapaian yang dilakukan beliau di Bundesliga menunjukkan Alonso adalah pengurus berbakat.

“Apalagi kaitan beliau dengan Liverpool pula memberi pelantikannya elemen romantis,” kata bekas bintang Liverpool Michael Owen.

Siapa pun yang menggantikan Klopp, yang pasti beliau telah memberikan Liverpool dan penyokong mereka kenangan yang akan mereka hargai selama-lamanya.

Klopp sendiri pernah mengatakan semasa beliau meninggalkan Dortmund dan menyertai Liverpool, sebagai pengurus bola sepak, yang penting bukanlah apa yang difikirkan penyokong apabila seorang pengurus itu menyertai kelab. Sebaliknya, yang paling penting ialah apa yang mereka fikirkan, apabila pengurus itu akhirnya meninggalkan kelab tersebut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >