Arteta bimbang semakin ramai pemain Arsenal cedera

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arteta bimbang semakin ramai pemain Arsenal cedera

Pasukan yang duduki tempat teratas EPL bimbang usaha mereka untuk menang empat kejuaraan terjejas
Feb 16, 2026 | 12:00 PM

Arteta bimbang semakin ramai pemain Arsenal cedera

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
bola sepak, Piala Perdana England, Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, Piala FA, Wigan Athletic, Arteta bimbang senarai kecederaan Arsenal yang semakin panjang
Pengurus Arsenal dari Sepanyol, Mikel Arteta, semasa kemenangan pusingan keempat Piala FA 4-0 ke atas Wigan Athletic di Stadium Emirates pada 15 Februari 2026. - Foto REUTERS

LONDON: Mikel Arteta bimbang senarai kecederaan Arsenal yang semakin panjang boleh menjejas usaha mereka untuk memenangi empat kejuaraan.

Pasukan Arteta itu menempah tempat dalam pusingan kelima Piala FA dengan kemenangan 4-0 menentang Wigan Athletic di Stadium Emirates pada 15 Februari.

Tetapi kejayaan Gunners menyingkirkan pasukan yang bergelut dalam Liga Satu itu dicemari oleh kecederaan pada Riccardo Calafiori dan Ben White.

Pemain pertahanan Italy, Calafiori, mengalami masalah ketika senaman pemanasan praperlawanan dan tidak dapat bermain, manakala pemian pertahanan kanan ,White, terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua.

Kapten Arsenal, Martin Odegaard, tidak beraksi dalam perlawanan pusingan keempat itu selepas mengalami kecederaan ketika perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 menentang Brentford pada 12 Februari.

Penyerang Arsenal dari Jerman, Kai Havertz, dijangka tidak dapat bermain sekurang-kurangnya sehingga hujung Februari, sementara pemain tengah dari Sepanyol, Mikel Merino, juga dijangka tidak dapat bermain sepanjang musim ini selepas menjalani pembedahan kaki.

Dengan Arsenal menduduki tempat teratas Liga Perdana England (EPL), menuju ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara dan bakal berdepan Manchester City dalam perlawanan akhir Piala Liga, Arteta mengakui masalah kecederaan mula membimbangkannya.

“Ya. Sebelum ini, penyerang, kemudian pemain pertahanan dan kini pemain tengah.

“Kami sedang menanganinya. Tetapi kami memerlukan beberapa pemain kembali dan cergas, bukan saja untuk mencukupkan jumlah pemain tetapi juga agar kami ada beberapa pilihan berbeza berbanding lawan yang kami hadapi. Oleh itu lebih cepat mereka kembali, lebih baik,” tambah Arteta.

Arsenal, yang mempunyai kelebihan empat mata di tangga teratas EPL, akan menentang pasukan tercorot, Wolverhampton Wanderers, di Molineux pada 18 Februari sebelum perlawanan derbi utara London di Tottenham Hotspur pada hujung minggu.

Dalam perlawanan Piala FA menentang Wigan pada 15 Februari, Arsenal menjaringkan empat gol dalam 27 minit pertama melalui Noni Madueke, Gabriel Martinelli, gol sendiri Jack Hunt dan Gabriel Jesus.

Bos sementara Wigan, Graham Barrow, menyifatkan Gunners sebagai “tidak mudah mengalah”.

Eberechi Eze, yang ditandatangani daripada Crystal Palace pada 2025, telah menghadapi kritikan kerana prestasinya yang mengecewakan musim ini.

Pemain tengah Arsenal itu telah dikeluarkan pada separuh masa pertama di Brentford, di mana beliau memulakan liga pertamanya dalam masa dua bulan.

Beliau akhirnya menunjukkan mutu yang telah memujuk Arsenal untuk menandatangani kontrak dengannya, dengan dua bantuan jaringan ketika menentang Wigan.

“Pemain memerlukan saat-saat itu, dan terutamanya apabila kita bercakap tentang pemain kreatif, mereka perlu merasakan bahawa mereka menghasilkan sesuatu pada saat-saat itu,” kata Arteta. – AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg