Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: PREVIU ARSENAL LWN MANCHESTER UNITED

Arteta perlu henti buat eksperimen

Saling perlu menang cetus kebangkitan
Sep 03, 2023 | 11:32 AM



“Berhenti buat eksperimen!”

Itulah luahan ramai penyokong Arsenal menyusuli persembahan yang kurang memberangsangkan daripada ‘The Gunners’.

Mereka menyeru agar Mikel Arteta “kembali ke asas” dengan taktik dan formasi pasukannya itu.

Penyertaan Kai Havertz ke kesebelasan utama telah memaksa beberapa pemain untuk bermain di posisi yang bukan posisi semula jadi mereka.

Pengurus pasukan itu bagaikan memaksa dirinya untuk menampung pemain bernilai £65 juta ($111 juta) itu, sekali gus mengganggu keseimbangan keseluruhan pasukan dalam proses mencuba taktik dan formasi baru. 

Sekitar tempoh yang sama musim lalu, Arsenal sudah pun mengumumkan ia sebagai antara pencabar utama bagi merebut takhta Liga Perdana England (EPL) – menewaskan Crystal Palace, Leicester City dan Bournemouth dalam tiga perlawanan pembukaan mereka dengan sembilan gol dijaringkan dan hanya bolos dua.

Mereka terus menunjukkan kehebatan sepanjang musim EPL dan kekal di puncak liga selama 248 hari, sebelum gagal mempertahankan kedudukan dan akhirnya mengaku kalah kepada Manchester City di babak-babak terakhir musim lalu.

Pengurus kelahiran Sepanyol itu telah mendapatkan tiga pemain utama ketika musim panas ini sebelum musim baru bermula. 

Antara mereka termasuk Havertz, yang pada hakikatnya hanya berjaya menjaringkan sembilan gol dalam semua pertandingan pada musim 2022-23 untuk Chelsea.

Arsenal lebih lemah bila Havertz disertakan?

Dan dalam hanya tiga perlawanan pertama musim baru ini, Arsenal kelihatan seperti pasukan yang lebih lemah dengan kehadiran Havertz dalam kesebelasan utama.

Selepas memberikan persembahan yang kurang meyakinkan sewaktu kemenangan ke atas Nottingham Forest dan Palace, Havertz digantikan selepas hanya 54 minit ketika Arsenal terikat 2-2 menentang Fulham di Stadium Emirates pada Sabtu lalu.

Walaupun persembahan pemain itu di bahagian tengah kurang memberi impak, Arteta mempertahankan Havertz selepas perlawanan minggu lalu, dengan memberitahu wartawan:

“Ya, saya fikir (beliau akan memenangi hati peminat). Saya dapat rasakan beliau sudah melakukan perkara yang sangat baik hari ini. 

“Ia sukar untuknya pada saat-saat tertentu. Beliau berjaya mencari ruang yang baik namun tidak mendapat bola.”

Arteta jelas mempunyai visi untuk Havertz, yang sememangnya mampu menawarkan pelbagai alternatif bagi jentera serangan Arsenal jika digunakan dengan cara betul.

Pengurus itu mengasah kemahiran kejurulatihannya semasa bertugas sebagai pembantu Pep Guardiola di City antara 2016 dan 2019, dan telah mempelajari apa yang diperlukan untuk membina skuad yang berjaya.

Guardiola tidak pernah takut buat eksperimen. Beliau sentiasa mengubah formasinya dan sering meminta pemainnya menyesuaikan diri dengan posisi lain.

Terpengaruh dengan pendekatan Guardiola

Arteta menyaksikan sendiri manfaat pendekatan itu dan seumpama meniru pendekatan tersebut dan mengaplikasikannya di Arsenal.

Beliau mencuba meletakkan Bukayo Saka di bahagian bek kiri pada peringkat awal kendaliannya, sebelum mengubah Granit Xhaka menjadi pemain tengah pertahanan yang kurang hebat kepada pemain nombor 8 yang serba boleh.

Menggantikan pemain antarabangsa Switzerland itu, yang telah berpindah ke Bayer Leverkusen baru-baru ini, merupakan satu tugas yang sukar.

Arteta enggan mendapatkan pemain baru yang dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Xhaka. Beliau sebaliknya memilih Havertz, yang telah digunakan sebagai penyerang utama ketika bersama Chelsea.

Jelas, keputusan itu kian memakan diri sendiri. Pemain antarabangsa Jerman itu gagal memberi sebarang impak.

Hurai masalah Havertz dengan segera

Havertz kelihatan seperti tidak selesa bermain di sebelah kiri ‘midfield’ dalam formasi Arsenal ini, dan keseimbangan pasukan itu pudar setiap kali beliau disertakan dalam kesebelasan utama.

Seperti kebanyakan penyokong Arsenal, pengamat bola sepak Paul Merson dalam ruangannya di SkySports berkata beliau juga terkejut dengan formasi Arsenal sambil menambah bahawa Arteta merumitkan keadaan dalam pasukan Arsenal yang kini mudah diramal.


“Saya terkejut dengan posisi Kai Havertz. Saya tidak sedikitpun menjangkakannya. Saya peminat tegar Havertz. 

“Beliau seorang penyerang tengah, beliau boleh menjaringkan gol, dan telah berjaya menjaringkan banyak gol di Jerman. Namun pada hakikatnya, beliau tidak boleh bermain di sebelah kiri,” katanya.

Jika Arteta terus berdegil dengan ‘eksperimentasinya’ ini sambil memaksa Harvertz menyesuaikan diri dengan gaya permainan Arsenal, adalah sukar untuk melihat pasukan itu memberi cabaran dan tentangan kepada  Manchester United apabila kelab bimbingan Erik ten Hag berkunjung ke Stadium Emirates malam ini.

Kesimpulan

Arteta perlu bersikap tegas dan memperkenalkan kesebelasan utama yang lebih mantap dan tajam, seperti mana yang dapat disaksikan apabila beliau menggantikan Havertz dengan Fabio Vieira pada separuh masa kedua ketika perlawanan menentang Fulham.







Pemain kelahiran Portugal itu berjaya menghidupkan persembahan lesu Arsenal dan sering terlibat dalam serangan pasukan itu sehingga berjaya mendapatkan sepakan penalti, memberi ruang kepada Arsenal menyamakan kedudukan, sebelum mencipta satu lagi peluang untuk meletak Arsenal di hadapan.

Jika Vieira dapat meneruskan rentak persembahannya minggu lalu, tidak mustahil Arsenal dapat menguasai perlawanan malam nanti.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >