Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arteta terlepas hukuman susulan dakwaan salah laku

Dec 15, 2023 | 11:04 AM
TIADA HUKUMAN: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, tidak dikenakan hukuman selepas Suruhanjaya Pengawalseliaan bebas mendapati dakwaan salah saku tidak dibuktikan.
TIADA HUKUMAN: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, tidak dikenakan hukuman selepas Suruhanjaya Pengawalseliaan bebas mendapati dakwaan salah saku tidak dibuktikan. - Foto REUTERS

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, terlepas daripada hukuman Persatuan Bola Sepak (FA) England disebabkan komen yang dibuatnya mengenai pegawai FA susuli kekalahan 0-1 Arsenal di tangan Newcastle United, kata FA pada 14 Disember.

Dalam komen itu, Arteta menyifatkan keputusan untuk tidak membatalkan jaringan gol pemain Newcastle, Anthony Gordon, dalam pertarungan pada 4 November itu sebagai memalukan – dengan keputusan gol tersebut kekal selepas tiga semakan video penolong pengadil (VAR).

Arteta didakwa atas dakwaan salah laku, tetapi Suruhanjaya Pengawalseliaan bebas mendapati pertuduhan itu tidak dibuktikan.

Suruhanjaya itu menjelaskan kata-kata yang digunakan Arteta tidak melanggar Peraturan FA E3, “sama ada dilihat secara individu atau keseluruhannya”.

“Kata-kata yang diketengahkan tidak menghina pegawai perlawanan (atau pegawai perlawanan Liga Perdana England secara umumnya),” tambah kenyataan suruhanjaya itu.

Arteta terpaksa menjalani penggantungan dari bangku simpanan ketika Arsenal tewas kepada Aston Villa pada 10 Disember setelah beliau menerima tiga kad kuning pada musim ini.

Pasukan kendaliannya kini menduduki tangga kedua Liga Perdana England dan seterusnya akan turun beraksi menentang Brighton & Hove Albion. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg