Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pengurus Spurs Ange Postecoglou akan sampaikan ‘visi’nya kepada Harry Kane

Jul 11, 2023 | 01:36 PM



LONDON: Pengurus baru Tottenham Hotspur (Spurs), Ange Postecoglou, berkata beliau akan menyampaikan ‘visi’ beliau bagi kelab itu kepada penyerang berbisa, Harry Kane, sedang Bayern Munich terus memburu pemain hebat itu.


Difahamkan kelab gergasi Jerman itu telah menawarkan bidaan sebanyak £70 juta ($121 juta) bagi khidmat pemain berusia 29 tahun itu sejak beberapa hari lalu.

Kontrak Kane, juga kapten England, bersama Spurs akan berakhir Jun depan. Beliau telah menjaringkan sebanyak 30 gol Liga Perdana England (EPL) musim lalu.

“Kane merupakan salah seorang penyerang terbaik di dunia dan saya ingin beliau terlibat bersama saya di sini,” kata Postecoglou.

“Saya hanya ingin perkenalkan diri saya kepada Harry, berikan beliau visi saya, dapatkan pemahaman daripadanya mengenai apa visinya dan berusaha untuk berjaya.

“Perbincangan saya dengannya akan libatkan tentang bagaimana kita boleh jadikan kelab ini berjaya dan tidak dapat disangsikan bahawa itulah yang beliau inginkan juga.”







Kane akan kembali berlatih pramusim pada Rabu dan jangkaannya adalah beliau akan menjadi sebahagian daripada skuad Postecoglou yang akan terlibat dalam tiga perlawanan semasa lawatan ke Australia, Thailand dan Singapura.

Ditanya sekali lagi sekiranya beliau telah berikan sebarang jaminan tentang masa depan Kane, beliau berkata:

“Saya belum dapat sebarang jaminan dan saya juga tidak jangkakan sebarang jaminan. Saya masih lagi tumpukan kepada apa yang saya tahu pada masa ini Harry adalah sebahagian daripada skuad kami.

“Saya tidak fikir peranan saya hanya untuk duduk sahaja dan layan orang lain dengan cara mengikut keadaan. Saya amalkan layanan sama rata dengan semua.”

Kane adalah penjaring terbanyak Spurs dengan rekod 280 jaringan dalam 435 penampilan, selepas bermula daripada akademi kelab itu.

Postecoglou dinamakan pengurus Spurs pada Jun lalu selepas Antonio Conte dipecat pada Mac.

Pengurus sementara, Cristian Stellini, dilepaskan sebulan kemudian menyusuli pemergian Conte, dengan Ryan Mason kemudian memimpin kelab itu untuk baki perlawanan musim lalu sedang mereka menduduki tempat kelapan dalam EPL.

Postecoglou yang berasal dari Australia menambah bahawa beliau menumpukan kepada skuad tersebut pada masa kini dan tidak bertindak berdasarkan spekulasi tentang apa yang akan berlaku semasa tempoh pemindahan masa kini.

“Apa yang saya tahu pada masa ini adalah Harry merupakan sebahagian daripada skuad ini dan kami teruja kembali sebagai pasukan untuk berlatih, dan bermula kerjasama.

“Jika saya habiskan terlalu banyak masa fikirkan tentang impak, saya akan terlepas untuk membina pasukan ini. Pucuk pangkalnya itu yang menjadikan kami sebuah pasukan yang berjaya. Membina sebuah pasukan mengikut cara tertentu.

“Saya tidak akan melepaskan peluang ini untuk menubuhkan apa yang penting dalam jangka masa panjang. Ia menjangkaui setiap individu.

“Terdapat falsafah tentang siapa yang ingin jadi sebahagian daripada pasukan itu dan orang utama di sebaliknya,” tambah beliau.

Ditanya apakah rancangan beliau untuk kelab tersebut, Postecoglou berkata beliau mahukan trofi.

“Saya ingin bawa kejayaan kepada kelab bola sepak ini. Saya sentiasa ambil alih kelab selepas mereka alami kekecewaan pada musim atau musim-musim lalu.

“Apa yang buat saya paling gembira adalah menghasilkan sesuatu yang bertahan selamanya dan kekal selepas saya tinggalkannya. Senario di Spurs kini memberi dorongan kepada saya,” tambahnya.

Sejak memenangi Piala Liga pada 2008, Spurs tidak meraih sebarang trofi selepas itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >