Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Aston Villa mula langkah garang dalam Liga Conference Europa

Tumpaskan Hibernian 5-0
Aug 24, 2023 | 03:59 PM



EDINBURGH: Jaringan hatrik oleh Ollie Watkins membantu Aston Villa memberi isyarat kepada bola sepak Eropah akan kemampuan mereka yang sebenar menyusuli kemenangan ke atas Hibernian dalam perlawanan play-off Liga Conference Europa, pada Rabu.


Villa yang mengunjungi padang Hibernian di Easter Road ternyata berada dalam kedudukan lebih selesa untuk kembali ke arena pertandingan Eropah selepas menundukkan pasukan tuan rumah 5-0.

Wira Hibernian, John McGinn mendapat perhatian ramai peminat tuan rumah, namun Watkins yang jelas menyerlah dalam perlawanan tersebut.

Meskipun bermula dengan baik, Hibernian tidak mampu mengawal asakan pasukan Liga Perdana England (EPL) itu apabila Watkins memulakan jaringannya pada minit ke-17 disusuli pada minit ke-33 – kededuanya menerusi tandukan.

Satu lagi jaringan dalam separuh masa pertama oleh Leon Bailey bagaikan memberi isyarat bahawa Villa bakal menjadi pasukan yang perlu diberi perhatian dalam musim kali ini.

Separuh masa kedua menyaksikan Villa menambah satu lagi jaringan menerusi Watkins bagi hatrik beliau sebelum Douglas Luiz menambah derita kepada Hibernian menerusi jaringan penalti lantas melengkapkan lima gol pasukan pelawat.

Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Villa Park pada Khamis depan dan sudah pasti Villa dijangka mampu mengatasi lawan mereka.

Pengurus Hibernian, Lee Johnson hanya dapat menyaksikan pasukannya tumbang dari tepi padang sendiri.

Ini merupakan perlawanan ke-500 Hibernian di bawah pengurusan Johnson.

Unai Emery yang memimpin Villa tidak mengambil ringan perlawanan tersebut apabila beliau sertakan pemain baru seperti Pau Torres dan Moussa Diaby dalam kesebelasan utamanya.

Namun perlawanan tidak semudah yang Villa jangka, terutamanya dalam babak awal permainan.

Dengan sokongan padu para peminat, Hibernian memberi tekanan semasa awal permainan termasuk tendangan voli lemah oleh Martin Boyle.

Namun perlawanan mula berat sebelah selepas Watkins menanduk masuk bola umpanan Lucas Digne ke sudut gawang Hibernian.

Villa meraih lima gol dalam perlawanan itu dan mungkin juga lebih apabila percubaan Bailey berjaya diselamatkan penjaga gawang Hibernian, sementara percubaan Diego Carlos dan Ezri Konsa pula tersasar.

Johnson yang ditemui selepas perlawanan itu berkata:

“Pertama sekali, saya bangga dengan pasukan kami kerana berjaya melangkah ke peringkat sejauh ini.

“Memang saya kecewa dengan jumlah jaringan.

“Saya rasakan struktur permainan kami agak baik dalam separuh masa pertama, tapi dari segi kawalan kami kurang selesa.

“Ternyata mutu permainan dapat dilihat antara kededua pasukan selepas 20 minit pertama.

“Kami berikan bola terlalu mudah kepada pasukan lawan, dan kerap kali pemain kami ofsaid.

“Itulah pengajaran buat kami yang boleh ditimba daripada perlawanan ini.”

Mengulas tentang pasukan Villa pula, Emery berkata pasukannya bermain pada tahap yang tinggi dan tidak memberi peluang kepada pasukan lawan bermain seperti biasa.

“Keputusannya agak tidak adil buat mereka, tapi kami layak menang, dan kami hormati cara permainan pasukan lawan.

“Kami tahu mereka mempunyai kekuatan dalam membuat umpanan jauh tapi kami berjaya kawal bola dengan baik juga.

“Memang saya gembira, namun segala yang kami lakukan atas rasa hormat,” tambahnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >