Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sepanyol juara Piala Dunia Wanita

Piala Dunia Wanita 2023
Aug 20, 2023 | 09:42 PM



SYDNEY: Kapten Olga Carmona menjadi wira pasukan dengan gol kemenangannya pada separuh pertama ketika Sepanyol memenangi Piala Dunia Wanita sulung mereka dengan menewaskan England 1-0 dalam final di depan 75,784 penyokong di Stadium Australia pada Ahad.


La Roja (gelaran pasukan Sepanyol), yang tanpa beberapa bakat terbaik mereka yang menentang jurulatih Jorge Vilda beberapa bulan lalu dan dibelasah 0-4 oleh Jepun pada peringkat kumpulan, beraksi mantap mengatasi England untuk layak merangkul trofi kejuaraan besar pertama mereka dalam hanya penampilan ketiga mereka di Piala Dunia.

Aitana Bonmati dan Teresa Abelleira cemerlang mengawal permainan daripada bahagian midfield Sepanyol dan jurang kemenangan mungkin lebih besar jika tidak penjaga gol England Mary Earps yang menyelamatkan sepakan penalti pada babak kedua.

Bercakap kepada BBC One selepas kejuaraan Sepanyol, Bonmati berkata: “Saya sangat gembira pada masa ini, tidak sebarang perkataan dapat menggambarkan detik ini. Ia luar biasa.


“Saya sangat bangga sebab kami memiliki kejohanan yang hebat. Kami menderita tetapi kami juga menikmatinya dan kami layak menang.”

Kekalahan England pada Ahad adalah yang kedua mereka dalam 39 perlawanan sejak Sarina Wiegman mengambil alih sebagai jurulatih. 

Ia sekali gus menafikan peluang England untuk menambah gelaran sulung dunia mereka kepada mahkota Kejohanan Eropah yang dimenangi pada 2022.

Wiegman kini telah tewas dua final Piala Dunia Wanita berturut-turut selepas beliau memimpin negara kelahirannya Belanda yang tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada 2019.

“Sudah tentu kami rasa sangat sedih sekarang, sangat mengecewakan,” katanya. – Agensi berita. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >