Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Villa, Everton buru tiga mata ‘wajib’

Kededua pasukan perlu tebus kekecewaan kalah pada minggu pembukaan liga
Aug 20, 2023 | 05:31 AM



BIRMINGHAM: Permulaan yang ibarat satu ‘malapetaka’ bermakna Everton dan Aston Villa sudah pun berdepan tekanan hebat walaupun Liga Perdana England (EPL) baru membuka tirai musim barunya hujung minggu lalu.


Everton tewas 1-0 kepada Fulham di Goodison Park manakala Aston Villa dibelasah 5-1 oleh Newcastle United.

“Ia adalah permulaan yang kami tidak mahu, itu pasti,” kata pengurus Everton, Sean Dyche.

“Tapi ia sudah berlaku... kami perlu memperkuatkan semangat untuk mengharungi perlawanan seterusnya dan merebut tiga mata,” tambah beliau.

Pengurus Aston Villa pula, Unai Emery, berkata beliau tidak mempunyai penjelasan mengenai mengapa pasukannya rebah ketika menentang Newcastle.

“Ia amat merungsingkan. Kami berlatih dengan gigih untuk memastikan kami bersedia berdepan Newcastle, namun segala-galanya seolah-olah sia-sia,” ujar beliau.

Malam ini (9 malam, waktu Singapura), Villa bertemu Everton dengan kededua pasukan mahukan kemenangan bagi menebus kekecewaan minggu lalu.

Bekas pemain Everton, Leon Osman, yang kini pengulas bola sepak, berkata tiga mata daripada perlawanan ini begitu penting bagi Everton sekiranya mereka tidak mahu keadaan musim lalu berulang.

Everton terselamat daripada diturunkan ke divisyen lebih rendah pada perlawanan terakhir musim lalu.

“Pasukan ini perlu suntikan keyakinan. Mereka menguasai sebahagian besar perlawanan di Goodison dan mempunyai beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

“Malangnya, mereka gagal menembusi gawang lawan.

“Daripada satu kekalahan ke satu kekalahan yang lain, jika tidak ditangani, dan tanpa disedari tiba-tiba anda sampai pada peringkat yang sudah terlewat untuk mengatasi keadaan,” kata Osman, yang mewakili Everton sebanyak 433 kali dan menjaringkan 57 gol.

Dyche, bagaimanapun, menekankan adalah terlalu awal untuk mana-mana kelab menekan butang ‘panik’.

“Kita semua tahu ini adalah musim yang panjang dan macam-macam boleh berlaku. Pemain semua kecewa tetapi kami dalam keadaan tenang. Kami tahu apa yang harus dilakukan di Villa Park,” ujarnya.

Bekas pemain Aston Villa, Andy Townsend, berkata keadaan lebih sukar bagi Villa kerana mereka perlu bangkit daripada kekalahan memalukan.

“Mereka gagal bermain dengan baik, sedangkan Villa ditabalkan sebagai antara pasukan pilihan untuk melayakkan diri ke Eropah, atau dark horse,” kata beliau.


Emery, bagaimanapun, menolak perkara itu.

Beliau berkata perkara yang berlaku di St. James Park adalah sesuatu yang boleh berlaku ke atas sesiapa pun.

“Kami juga kehilangan Tyrone Mings kerana kecederaan teruk dan itu menjejas momentum pasukan.

“Dalam perlawanan ini, kami bermain di padang sendiri, dengan sokongan penyokong kami. Saya yakin pemain tidak sabar untuk menebus kekecewaan,” tambahnya.

Townsend berkata sekiranya Villa dapat bermain pada tahap penuh mereka, Everton adalah pasukan yang boleh dikalahkannya dengan mudah.

“Saya menghormati Everton... namun daripada segi mutu Villa ada kelebihan.

“Justeru, gol pertama dalam perlawanan ini bagi saya amat penting. Malah, ia boleh menjadi penentu perlawanan,” ujar beliau.

Pemain Everton, Neil Maupay, berkata beliau dan rakan-rakannya sudah tidak sabar untuk turun padang dan membetulkan segala kesilapan yang berlaku minggu lalu.

Maupay, yang gagal menyempurnakan beberapa peluang jaringan keemasan dalam perlawanan minggu lalu, menjadi mangsa ancaman dan kata-kata kesat penyokong Everton di media sosial.

“Saya berkongsi kemarahan penyokong kami. Tapi saya harap mereka sedar kami semua memberi 100 peratus untuk kelab ini, dan akan terus memberikan 100 peratus. Itu komitmen saya dan rakan-rakan,” ujarnya.

Everton telah mengeluarkan kenyataan membidas perbuatan sekumpulan penyokongnya itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >