Topik diikuti
Pergi ke BHkuAston Villa dalam rundingan dengan Club Brugge bagi pemain pertahanan, Ordonez
Giat dapatkan pemain baharu setalah kehilangan beberapa pemain penting musim ini
Aston Villa sedang berusaha untuk merekrut pemain pertahanan tengah Club Brugge, Joel Ordonez, selepas gagal mencapai persetujuan dengan Southampton untuk mendapatkan Taylor Harwood-Bellis.
Pasukan Liga Perdana England (EPL) itu, yang menjual pemain pertahanan England, Ezri Konsa, kepada Arsenal minggu lepas, sedang mempergiatkan usaha mereka untuk Ordonez.
Perbincangan masih berlangsung dan kelab Belgian Pro League itu mahukan yuran minimum £40 juta ($69.3 juta) untuk pemain antarabangsa Ecuador tersebut.
Pemain pertahanan tengah berusia 22 tahun itu, yang mewakili negaranya pada Piala Dunia 2026, telah membuat 124 penampilan untuk Club Brugge sejak menyertai kelab itu pada 2022 daripada Independiente del Valle.
Villa sebelum ini menyasarkan Harwood-Bellis, tetapi difahamkan terdapat jurang besar dari segi penilaian antara mereka dengan Southampton selepas tawaran bernilai £18 juta ditolak.
Masih belum pasti sama ada perpindahan pemain berusia 24 tahun itu boleh dihidupkan semula, tetapi buat masa ini, pasukan di bawah bimbingan Unai Emery itu telah beralih kepada sasaran lain.
Villa tewas 0-4 kepada Brighton dalam perlawanan pembukaan musim mereka pada 23 Ogos dan kini berusaha memperkukuh skuad sebelum tarikh akhir tempoh pemindahan pada 1 September.
Mereka telah kehilangan sejumlah pemain penting musim ini dengan Morgan Rogers, Youri Tielemans, Lucas Digne dan Konsa semuanya berpindah.
Turut timbul persoalan mengenai masa depan Ollie Watkins, memandangkan penyerang itu menjadi sasaran Al-Hilal dari Arab Saudi. – Agensi berita.
