Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Atlet boccia S’pura rangkul pingat perak Paralimpik bersejarah

Sep 2, 2024 | 6:28 PM
Jeralyn Tan bertanding dalam pertarungan akhir boccia BC1 individu wanita di Paris pada 2 September, menentang atlet Perancis, Aurelie Aubert.
Jeralyn Tan bertanding dalam pertarungan akhir boccia BC1 individu wanita di Paris pada 2 September, menentang atlet Perancis, Aurelie Aubert. - Foto AFP

Lima hari pertandingan yang mendebarkan berakhir dengan satu lagi kejayaan daripada atlet boccia Singapura, Jeralyn Tan.

Walaupun tewas 4-5 kepada atlet wanita Perancis, Aurelia Aubert, dalam pertarungan akhir acara BC1 individu wanita pada 2 September, Tan masih dapat mengukir senyuman kerana memenangi pingat perak temasya Paralimpik bersejarah untuk Singapura.

Berusia 35 tahun, Tan tampil buat julung kali di temasya sukan ini untuk menjadi pemenang pingat Paralimpik keempat Singapura selepas perenang, Yip Pin Xiu dan Theresa Goh, dan penunggang kuda, Laurentia Tan.

Yip memenangi dua emas dalam Paralimpik Paris ini, membawa jumlahnya kepada tujuh, manakala Laurentia Tan akan mula beraksi mulai 3 September.

Dengan kedudukan kedua beliau, Jeralyn Tan akan terima $300,000 sebagai sebahagian daripada skim Anugerah Pencapaian Atlet Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura, lapor The Straits Times (ST).

Pada 2022, insentif tunai bagi pingat perak Paralimpik dinaikkan daripada $200,000 kepada $300,000 untuk temasya Paris.

Tan, atlet boccia di tangga kedua dunia dalam acaranya itu yang menghidap palsi serebrum, beraksi cemerlang sepanjang Paralimpik ini.

Di Arena 1 Paris Selatan, beliau menewaskan Aubert berkedudukan ke-16 6-1 pada 29 Ogos dan atlet Sepanyol, Amagoia Arrieta, (kedudukan kelapan) 5-1 pada 31 Ogos dalam pertarungan awal Kumpulan B.

Tan kemudian menewaskan pemain nombor satu dunia Brazil, Andreza Oliveira, 7-5 di suku akhir dan kemudian pemain Jepun, Hiromi Endo (kedudukan keenam) 5-1 pada 1 September untuk mara ke final.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg