Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Atlet gimnastik Indonesia pertama layak ke temasya Olimpik Paris 2024

Jun 14, 2024 | 12:26 PM
Atlet gimnastik Indonesia, Rifda Irfanaluthfi, 24 tahun, melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024, sekali gus menjadi ahli gimnastik pertama negaranya berjaya ke tahap itu. Beliau berharap pencapaiannya akan menjadi motivasi kepada atlet muda senegara agar mengikuti contohnya.
Atlet gimnastik Indonesia, Rifda Irfanaluthfi, 24 tahun, melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024, sekali gus menjadi ahli gimnastik pertama negaranya berjaya ke tahap itu. Beliau berharap pencapaiannya akan menjadi motivasi kepada atlet muda senegara agar mengikuti contohnya. - Foto REUTERS

JAKARTA: Beberapa jam selepas Rifda Irfanaluthfi dimasukkan ke hospital akibat kecederaan semasa latihan, beliau mendapat berita bahawa beliau telah menjadi atlet gimnastik warga Indonesia pertama layak ke temasya Sukan Olimpik.

Dalam perjalanan ke hospital dan berada di dalam ambulans, atlet gimnastik berusia 24 tahun itu sibuk menghantar mesej bertanya tentang kelayakan beliau ke Sukan Olimpik Paris.

Pada hari apabila beliau mendapat tahu memerlukan pembedahan lutut, beliau juga menerima khabar gembira dirinya layak ke Olimpik Paris.

“Jurulatih saya beritahu saya bahawa perjuangan kami sejak 2015 akhirnya berbaloi,” kata Rifda.

Setelah latihan berjam-jam setiap hari di sebuah gimnasium lapuk di Jakarta Timur, Rifda kini gigih mempertingkatkan persiapan untuk bertanding di Paris, bersaing bersebelahan idolanya, srikandi gimnastik Amerika Syarikat, Simone Biles.

Beliau akan bertanding dalam gimnastik artistik – merangkumi beberapa acara berbeza seperti beam, vault dan uneven bars.

Rifda berharap penampilan sulung di temasya Olimpik akan bantu menaikkan nama sukan yang sering diabaikan di negara Asia Tenggara.

Beliau bergurau bahawa pengetahuan tentang gimnastik di Indonesia sangat terhad sehingga sesetengah orang masih menganggap beliau melakukan senamrobik.

Jurulatih Rifda dan bekas ahli gimnastik profesional, Eva Butar-Butar, berkata penyertaan Rifda di Paris menjadi “detik yang amat besar bagi sukan gimnastik di Indonesia”.

Menduduki kedudukan ke-52 di dunia, Rifda telah lama bercita-cita menjadi atlet profesional, beralih daripada sukan renang kepada gimnastik pada usia enam tahun dan memenangi pelbagai anugerah.

Rifda mengimbas bahawa beliau akan berlari-lari anak di sekitar taman setiap hujung minggu bersama ibu bapanya.

Sokongan mereka, katanya, menjadi teras kejayaannya.

Ibu Rifda, Yulies Andriana, berkongsi bahawa anaknya telah melalui pelbagai cabaran sebagai seorang atlet muda.

“Saya tidak boleh mampu biayai latihan dan pakaian gimnastik yang mahal-mahal, jadi kami selalu perlu berjimat dan mendapatkan pakaian terpakai,” kongsi Yulies.

“Ia menyedihkan, tetapi itu sahaja yang saya mampu lakukan,” tambah beliau.

Kini, Rifda menghadapi cabaran berbeza.

Menghitung minggu hingga Olimpik, Rifda mengakui bahawa beliau rasa gementar tetapi berharap apa pun yang berlaku, penampilannya itu nanti akan memberi inspirasi kepada atlet muda Indonesia lain.

“Ini bukan untuk diri saya sahaja. Saya mahu mendorong semua orang, terutama atlet muda, bukan sahaja untuk gimnastik artistik, malah juga dalam sukan lain yang tidak pernah layak ke Sukan Olimpik,” katanya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg