Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Atlet renang Australia Alexa Leary pecah rekod dunia lagi

Genggam pingat emas kedua tiga tahun selepas nahas basikal yang hampir ragut nyawa
Sep 5, 2024 | 4:39 PM
Alexa Leary dari Australia meraih pingat emas selepas acara final renang gaya bebas 100 meter bagi kategori S9 di La Defense Arena, Paris, pada 4 September 2024.
Alexa Leary dari Australia meraih pingat emas selepas acara final renang gaya bebas 100 meter bagi kategori S9 di La Defense Arena, Paris, pada 4 September 2024. - Foto REUTERS

PARIS: Tiga tahun selepas beliau terselamat daripada satu nahas basikal yang hampir-hampir meragut nyawanya, perenang Sukan Paralimpik dari Australia, Alexa Leary, kini menggenggam pingat emas keduanya.

Ini selepas beliau mencatatkan rekod dunia baru di Paris pada 4 September.

Dengan menamatkan pusingan akhir acara renang gaya bebas 100 meter dengan mencatatkan 59.53 saat, Leary memecahkan rekod dunia yang direkodkan oleh beliau sendiri sewaktu pusingan kelayakan sebelum ini bagi kategori S9.

Kategori ini termasuk perenang yang mengalami kelemahan teruk pada salah satu kaki.

Atlet berwatak periang berusia 23 tahun itu dari Sunshine Coast pernah mengalami koma di hospital pada 2021 selepas mengalami kecederaan tetap pada otaknya serta kakinya selepas terlibat dalam satu nahas ketika berbasikal pada kelajuan tinggi.

Kemalangan itu juga menyebabkan beliau turut mengalami tusukan pada paru-parunya serta beberapa tulang patah.

Namun ibu bapa atlet itu sebelum ini diberitahu berulang kali oleh beberapa doktor bahawa anak perempuan mereka itu mungkin tidak dapat diselamatkan, tetapi yakin anak mereka itu berupaya bertanding.

“Ketika saya sedang dirawat di ICU (unit jagaan rapi), ayah saya mendapatkan bantuan daripada seorang tukang tilik yang meramalkan bahawa saya bakal bersaing di Paralimpik,” kata Leary.

“Dan saya sekarang berada di sini. Saya dapat melakukannya.”

Semangat positif Leary dan ketabahannya dalam mengatasi segala cabaran yang dihadapinya telah memberi inspirasi kepada warga Australia lain, hingga profil beliau mencapai taraf setanding dengan juara-juara atlet renang Olimpik seperti Ariarne Titmus dan Kaylee McKeown.

Ibu bapanya, Encik Russell dan Cik Belinda Leary, menonton prestasi anak mereka dengan penuh semangat di stadium La Defense Arena apabila anak mereka itu meraih pingat emas Paralimpik kedua beliau.

Sebelum itu, Leary meraih pingat emas selepas pasukannya memenangi acara renang berganti-ganti.

“Saya mungkin tidak berada di kedudukan ini tanpa ibu bapa saya,” kata Leary.

“Ketika saya dirawat di jabatan otak (di hospital), ayah saya berhenti daripada kerjanya dan juga ibu saya. Mereka berada di sisi saya di hospital selama enam bulan.

“Ayah saya sentiasa melutut di hospital setiap hari di sebelah katil saya. Ayah asyik gunakan banyak kertas tisu untuk mengelap titisan air matanya. Beliau asyik menangis tanpa henti-henti,” katanya lagi. – Reuters.

“Ketika saya sedang dirawat di ICU (unit jagaan rapi), ayah saya mendapatkan bantuan daripada seorang tukang tilik yang meramalkan bahawa saya bakal bersaing di Paralimpik. Dan saya sekarang berada di sini. Saya dapat melakukannya.”
Alexa Leary, perenang Sukan Paralimpik Australia.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg