Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Atlet S’pura raih 3 perak, 1 gangsa di Kejohanan Wushu Dunia

Sep 9, 2025 | 4:33 PM
Zeanne Law, Kejohanan Wushu Dunia
Atlet wushu Singapura, Zeanne Law, meraih pingat perak dalam acara ‘taijijian’ dan ‘taijiquan’ wanita dalam Kejohanan Wushu Dunia di Brasília, Brazil. - Foto THE WORLD GAMES

Walaupun tidak dapat mengekalkan gelaran dunia masing-masing, kedua-dua atlet wushu Singapura, Zeanne Law dan Jowen Lim, tetap mencatatkan pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Wushu Dunia dari 3 hingga 7 September di Brazil.

Ini sedang mereka menantikan Sukan SEA pada akhir 2025.

Di Pusat Konvensyen Ulysses Guimaraes, Brasília – tempat kejohanan tersebut diadakan buat pertama kali di Amerika Selatan – Law meraih pingat perak pertamanya dalam acara taijiquan wanita setelah beliau memperoleh 9.763 markah untuk menduduki tempat kedua daripada 19 atlet pada 4 September.

Law berada di belakang Wu Xu dari China (9.783), dan di hadapan Shiho Saito dari Jepun (9.746), manakala rakan atlet dari Singapura, Vera Tan, menduduki tempat kelima (9.733).

Dua hari kemudian, Law memperoleh 9.726 markah dan tewas tipis kepada Saito (9.740) bagi pingat emas acara taijijian wanita, apabila beliau menduduki tempat kedua daripada 18 peserta.

Agatha Wong dari Filipina (9.703) meraih pingat gangsa, manakala Tan (9.670) sekali lagi berada di tempat kelima, lapor The Straits Times (ST).

Law, 19 tahun, berkata:

“Dua tahun lalu (2023), tumpuan saya hanyalah untuk melakukan yang terbaik dan menimba pengalaman.

“Menjelang kejohanan dunia kali ini, saya melangkah ke atas karpet dengan lebih yakin, lebih matang dan sudah tentu, dengan jangkaan lebih tinggi terhadap diri sendiri… untuk memberikan yang terbaik dan menamatkan persembahan saya tanpa potongan markah.

“Walaupun saya bangga dengan prestasi saya, ia juga menjadi pengalaman pembelajaran untuk menyesuaikan diri dengan gaya penilaian.

“Tahun ini (2025), terdapat ramai juri baru, jadi aspek (persembahan) yang mereka nilai mungkin berbeza sedikit daripada sebelum ini.

“Saya akan mengkaji sistem pemarkahan ini dengan lebih teliti dan memperbaiki persembahan saya, supaya dapat kembali dengan lebih baik.”

Dalam edisi 2023 di Texas, Law memenangi pingat emas dalam acara taijiquan wanita.

Meskipun seri dengan Wong, Law diberikan pingat emas selepas kriteria pemecah seri digunakan.

Beliau juga menduduki tempat kedua dalam acara duilian wanita bersama Zoe Tan dan Kimberly Ong, serta tempat kelima dalam acara taijijian wanita.

Dalam acara lelaki, Lim meraih perak dalam daoshu (pedang lebar) pada 7 September dengan 9.763 mata.

Beliau tewas tipis 0.007 mata kepada atlet Indonesia, Seraf Siregar, yang memenangi pingat emas.

Tay Yu Xuan pula memenangi pingat gangsa dalam acara taijiquan lelaki pada 5 September, selepas menduduki tempat ketiga daripada 19 peserta dengan 9.716 mata.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg