Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Atlet wusyu S’pura Jowen Lim menang gangsa di Sukan Tempur Sedunia

Oct 25, 2023 | 04:47 PM



Atlet wusyu Singapura, Jowen Lim, meneruskan rentak cemerlangnya dengan memenangi pingat gangsa dalam Sukan Tempur Sedunia di Riyadh, Arab Saudi, pada Ahad.

Pada September, beliau memenangi pingat perak bersejarah dalam acara daoshu dan gunshu lelaki di Sukan Asia Hangzhou.


Namun, sambutan bagi pencapaian itu ditangguhkan seketika kerana jadual padat yang akan dilalui atlet wusyu Singapura.

Mereka bakal bertanding dalam tiga pertandingan dalam bulan-bulan mendatang, dengan acara terakhir dari 16 hingga 20 November di Kejohanan Wusyu Sedunia di Texas, Amerika Syarikat, lapor The Straits Times.


“Saya rasa ini kali pertama saya ada pertandingan begitu padat berturut-turut. Sudah pasti tidak ada masa untuk berehat sekarang.

“Biasanya selepas pertandingan, kami akan rehat selama seminggu sebelum berlatih semula tetapi kali ini, kami tidak ada tempoh seperti itu.

“Malah, saya baru pulang ke Singapura hari ini (Selasa) dan esok saya kembali menjalani latihan.

“Keluarga saya sedang mengatur percutian singkat ke luar negara pada Disember selepas kejohanan dunia. Saya akan meraikan (pencapaian ini) pada masa itu,” ujar Lim kepada The Straits Times.


Berkenaan pingat gangsa di Sukan Tempur Sedunia, Lim berkata ia satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana ia adalah satu-satunya pertandingan yang beliau belum memenangi pingat hingga kini.

Bekas juara dunia Wu Zhaohua dari China dan Seraf Naro Siregar dari Indonesia masing-masing memenangi pingat emas dan perak.

Singapura meraih pingat perak dalam acara taolu taijiquan dan taijijian lelaki melalui Tay Yu Xuan.


Dalam taolu jianshu dan qiangshu wanita, atlet Singapura Le Yin Shuen berada di tempat keempat, manakala Vera Tan di tempat kelima dalam acara taijiquan dan taijijian wanita.


Dengan pencapaiannya yang terkini, Lim ingin mengekalkan momentum kemenangannya dan menyasarkan emas dalam kejohanan dunia.

Lim, yang memiliki tiga gangsa daripada kejohanan dunia sebelum ini, berkata: “Emas adalah sasaran yang agak realistik.

“Saya masih sentiasa mempertingkatkan diri dan dalam wusyu, semakin banyak anda lakukannya, semakin anda memahami pergerakannya, semakin banyak pengalaman yang anda ada.

“Pergerakan, tempo dan koreografi rutin anda pasti akan lebih baik kerana anda mempunyai lebih banyak pengalaman dan pemahaman yang lebih baik tentang sukan ini.”

Bagi Tay pula, pingat peraknya merupakan respons baik bagi penampilan sulung beliau yang mengecewakan di Sukan Asia – menduduki tempat ke-15 dalam acara taijiquan dan taijijian lelaki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >