Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Atletico mara ke suku akhir dari ambang penyingkiran

Liga Juara-Juara: Dortmund turut langkah ke peringkat seterusnya
kali pertama dalam tiga tahun
Mar 14, 2024 | 11:42 AM



MADRID: Atletico Madrid mengatasi Inter Milan melalui sepakan penalti untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas perlawanan mereka berakhir 2-2 secara agregat pada 13 Mac.


Inter, yang memenangi perlawanan pertama 1-0, mendahului perlawanan kedua melalui jaringan Nicolo Barella pada minit ke-33.

Namun, di ambang penyingkiran Atletico bangkit semula dan membawa perlawanan ke sepakan penalti penentu.

Berada 2-0 di belakang secara agregat, Atletico menjaringkan gol pertama mereka melalui jaringan jarak dekat Antoine Griezmann pada minit ke-35 melalui hantaran Koke.

Pada minit ke-87, Koke membantu pasukannya sekali lagi melalui hantaran beliau ke Memphis Depay, yang menjaringkan gol penyamaan agregat, sekali gus membawa perlawanan ke masa tambahan.

Atletico hampir-hampir mendapatkan kemenangan pada detik-detik terakhir perlawanan, tetapi Rodrigo Riquelme tidak memanfaatkan peluang tersebut.

Kededua pasukan mempunyai peluang memenangi perlawanan pada masa tambahan tetapi pasukan Diego Simeone yang berjaya ke pusingan seterusnya.

Semasa sepakan penalti penentu, penjaga gawang Atletico, Jan Oblak, menyelamatkan tendangan Alexis Sanchez dan Davy Klaassen, sementara penjaga gawang Inter, Yann Sommer, menyelamatkan percubaan Saul Niguez.

Namun, Lautaro Martinez tidak berjaya menjaringkan penaltinya dan Inter tersingkir.

Dengan Atletico memenangi penalti 3-2, Diego Simeone menitiskan air mata selepas menewaskan bekas kelabnya dan kelab rakan sepasukannya, Simone Inzaghi.

Dalam perlawanan lain Liga Juara-Juara di Dortmund, jaringan Jadon Sancho dan Marco Reus mendapatkan kemenangan 2-0 Borussia Dortmund ke atas PSV Eindhoven pada 13 Mac.

Dortmund berjaya ke suku akhir buat kali pertama dalam tiga tahun dengan kemenangan agregat 3-1.

Sancho, pemain pinjaman daripada Manchester United, menjaringkan golnya pada minit ketiga, sementara Reus menyempurnakan kemenangan Dortmund dengan golnya pada masa tambahan separuh masa kedua.

“Kami dapat ke suku akhir dengan kerja keras,” kata pengurus Dortmund, Edin Terzic.

“Kami bermain bola sepak terbaik kami sepanjang 30 minit pertama. Kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol.

“Malangnya, pada separuh masa kedua, kami tidak bermain seperti itu, tetapi kami bertahan dengan penuh semangat,” tambahnya.

Eindhoven, yang kali akhir mara ke suku akhir pada 2007, bermain dengan lebih baik selepas rehat dan pemain gantian, Hirving Lozano, menggegarkan tiang gol Dortmund dengan percubaannya.

Luuk de Jong sepatutnya menjaringkan gol apabila beliau mendapat peluang membawa perlawanan ke masa tambahan, namun percubaannya tersasar. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >