Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLETIK

Atletik UK larang transjantina bertanding dalam kategori wanita

Jul 02, 2023 | 05:31 AM



LONDON: Atletik United Kingdom (UKA) telah melarang transjantina atau lelaki yang bertukar jantina daripada bersaing dalam kategori wanita dalam pertandingan serta acara di United Kingdom.


Ia dibuat menyusuli pengumuman Atletik Sedunia yang mengenakan larangan itu di peringkat antarabangsa.

UKA berkata pertandingan yang diluluskannya akan diurus di bawah peraturan Atletik Sedunia yang baru apabila ia berkuat kuasa bermula tengah malam 31 Mac.

Badan itu menambah bahawa ia “menghargai usaha” Atletik Sedunia untuk “melindungi kategori wanita”.

Pertubuhan yang mentadbir itu – yang menyumbang kepada penubuhan dasar Atletik Sedunia – berkata bahawa ia telah menerima jaminan yang diperlukan bahawa pengecualian kesukanan dalam Akta Kesaksamaan 2010 tertakluk kepada Akta Pengiktirafan Jantina 2004, menyusuli keprihatinan sebelum ini.

Pengecualian itu menyatakan bahawa pertubuhan kesukanan boleh mendiskriminasi berdasarkan jantina dalam “kegiatan yang menjejas jantina” dan mendiskriminasi berdasarkan penukaran jantina yang mana perlu bagi mengukuhkan persaingan adil atau keselamatan pesaing.

UKA berkata kedudukannya adalah atletik patut kekal sebagai sukan inklusif tetapi adalah adil bahawa para atlet lelaki patut dikecualikan daripada kategori wanita.

Dalam menghasilkan dasar kelayakan transjantina, pertimbangan perlu diberikan kepada pertukaran kategori lelaki masa kini kepada kategori terbuka.

Di bawah peraturan sebelum ini, Atletik Sedunia memerlukan wanita transjantina mengurangkan kadar testosteron dalam darah kepada maksimum lima nanomol seliter (nmol/l), dan kekal di bawah paras ini secara berterusan selama tempoh 12 bulan sebelum bersaing dalam kategori wanita.

Sebagai sebahagian daripada susunan peralihan, UKA berkata bahawa mana-mana atlet transjantina yang telah menyertai pertandingan yang telah mematuhi dasar 2021-nya, melaksanakan peraturan Atletik Sedunia pada masa itu, akan kekal layak untuk bersaing dalam pertandingan tertentu namun tidak akan menerima sebarang hadiah atau keputusan mereka diambil kira.

UKA juga akan melaksanakan peraturan Atletik Sedunia bagi para atlet dengan perbezaan dalam pembangunan jantina (DSD).

DSD adalah satu keadaan yang jarang berlaku dengan hormon seseorang itu, gen dan/atau organ pembiakan mungkin bercampur ciri-ciri lelaki dan wanita.

Sesetengah mereka yang terjejas lebih gemar menggunakan perkataan “intersex”.

Para atlet DSD akan diperlukan mengurangkan kadar testosteron dalam darah ke paras di bawah 2.5 nmol/l – turun daripada lima nmol/l – dan mesti kekal di bawah paras ini untuk tempoh dua tahun dalam usaha bersaing di peringkat antarabangsa dalam kategori wanita dalam sebarang acara trek dan padang.

Namun UKA berkata ia kekal prihatin tentang etika memaksa para individu menjalani pemintasan farmakologi semata-mata untuk tujun kesukanan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >