Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

DUA ATLET WANITA HARUMKAN NAMA NEGARA DI EROPAH

Shanti Pereira ‘tinggalkan’ pesaing di Eropah dalam acara pecut 200 meter

Jun 13, 2023 | 03:36 PM



Pelari pecut negara, Shanti Pereira, sudah biasa ‘meninggalkan’ para pesaing rantau ini dalam pertandingan yang disertainya.

Namun pada Sabtu, beliau menunjukkan kepantasannya di peringkat Eropah pula, mengatasi tujuh pelari dari Eropah untuk menjuarai acara 200 meter di pertemuan Athleticageneve di Pusat Sukan Bout-du-Monde di Geneva, Switzerland.

Berlari di lorong enam, Shanti mencatatkan masa 22.84 saat untuk menang perlumbaan itu, dan mengakhiri perlumbaan di depan pelari Belanda, Tasa Jiya (22.88 saat) dan atlet Ireland, Sharlene Mawdsley (23.18 saat).

Masa yang dicatatnya itu hanya 0.15 saat di luar masa peribadi terbaiknya, iaitu 22.69 saat, yang juga rekod nasional.

Awal dari itu, dalam final 100 meter, Shanti menduduki tempat keempat daripada lapan pelari dengan mencatat masa 11.38 saat, sekitar 0.12 saat di luar masa peribadi terbaiknya.

Pada Ahad, beliau mencatat 11.78 saat untuk menduduki tempat ketiga daripada tujuh pelari dalam perlumbaan 100 meter di Pertemuan Antarabangsa d’Annecy, yang merupakan acara Promosi Atletik Eropah di Perancis.

Beliau turut memenangi acara 200 meter dengan masa 23.33 saat.

Masa yang dicatatnya itu adalah 0.15 saat lebih pantas daripada pelari Ivory Coast, Benedetta Kouakou dan 0.51 saat lebih pantas daripada pelari Canada, Madeline Price.

Pertemuan di Geneva itu merupakan acara Pertemuan Gangsa Kontinental Atletik Sedunia, yang membenarkan Shanti, 26 tahun meraih lebih banyak mata ranking sedang beliau cuba melayakkan diri untuk Kejuaraan Atletik Sedunia yang berlangsung pada 19 hingga 27 Ogos di Budapest.

Para atlet boleh memenuhi piawai kelayakan kejuaraan atletik sedunia atau melayakkan diri menerusi kedudukan ranking dunia mereka.

Masa kelayakan bagi acara 100 meter dan 200 meter masing-masing adalah 11.08 saat dan 22.60 saat.

Latihan yang dilaluinya di Eropah bermula baik pada lewat Mei, apabila Shanti memecahkan rekod nasional 100 meternya sendiri sebanyak dua kali, dalam acara kelayakan dan final apabila beliau berlari sepantas 11.26 saat di Pertemuan Sukan Pentecost Antarabangsa yang ke-58 di Rehlingen, Jerman.

Pada Mei beliau meraih dua pingat emas untuk mencipta sejarah di Sukan SEA Kemboja.

Beliau dijangka pulang ke Singapura pada 21 Jun ini untuk meneruskan persiapan bagi Kejuaraan Atletik Asia di Bangkok dan Sukan Asia di Hanzhou dari 23 September hingga 8 Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >