Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Australia azam sempurnakan misi bila temu New Zealand di final Piala Dunia Ragbi

Oct 27, 2015 | 05:09 PM



LONDON: Australia mungkin berjaya menangkis segala jangkaan 'penuh mendung' setahun lalu untuk melangkah ke final Piala Dunia Ragbi ini tetapi mereka tidak akan berpuas hati sekiranya tidak memenangi pertarungan akhir apabila menentang musuh tradisi, New Zealand, nanti.


Jurulatih pasukan bergelar 'The Wallabies' itu, Michael Cheika, dijulang sebagai 'penyelamat' selepas memimpin sebuah pasukan yang berada di ambang kekecewaan hanya 12 bulan lalu ke final pertandingan terbesar ragbi dunia di Twickenham pada Ahad ini tetapi beliau belum bersedia meraikan pencapaian cemerlang pasukannya sejauh ini.


"Jika anda magu bergembira sekadar kejayaan melayakkan diri di final... yeah okey ia bagus dan kami boleh pulang dan semua orang akan menepuk bahu anda untuk mengatakan 'satu pencapaian baik'.


"Atau anda mahu melakukan sesuatu yang berbeza? Mahukah anda mencuba mendapatkan sesuatu yang akan kekal bersama anda sepanjang hayat ini?


"Ini adalah pilihan-pilihan yang perlu dibuat dan saya tahu pilihan mana satu yang akan dibuat pasukan kami ini," ujar Cheika.


Sebagai satu-satunya jurulatih yang pernah memenangi kejuaraan utama bersama kelab di kededua hemisfera utara dan selatan, beliau tentunya sedar taruhan besar yang menyelubungi pertarungan akhir ini.


Australia dan New Zealand mungkin dua negara berjiran tetapi merupakan musuh ketat terutama dalam arena sukan - lebih-lebih lagi sukan ragbi.


"Itulah tujuan anda bermain sukan ini... diselubungi kepuasan yang amat sangat selepas memberikan sumbangan sepenuhnya kepada pasukan anda.


"Apa jua cara anda bermain, anda tidak mahu kalah. Itulah kepuasan sukan ini," tambah jurulatih berusia 48 tahun itu.


Cheika bagaimanapun sempat memberi amaran kepada para pemainnya supaya tidak terbawa-bawa dengan gembar-gembur yang kian memuncak menjelang final itu nanti, di samping menggesa pasukannya memberi tumpuan kepada prestasi sendiri.


"Saya tidak pasti jika bahang persaingan (dengan New Zealand) akan membawa perbezaan tetapi ini adalah final Piala Dunia.


"Anda tentunya akan memberikan yang terbaik tidak kira beraksi dalam apa jua perlawanan, apatah lagi mewakili negara sendiri... ia sesuatu yang hebat bagi penyokong tetapi bagi kami, ia adalah mengenai menunjukkan permainan terbaik kami.


"Kami memberi fokus kepada pasukan sendiri sepanjang kejohanan ini... tidak terlalu terbawa-bawa dengan perkara lain yang mungkin menghambat matlamat utama kami. Itulah yang kami lakukan sejauh ini," tambah Cheika.


Australia mungkin turun di final sebagai pasukan 'underdog' selepas hanya menewaskan 'The All Blacks' sekali sahaja dalam 11 perlawanan sejak Piala Dunia lalu pada 2011.


Kejohanan itu dimenangi New Zealand yang menewaskan Australia di peringkat separuh akhir.


Kecuali kemenangan sengit 20-18 ke atas Afrika Selatan di separuh akhir pada Sabtu lalu, New Zealand kelihatan tidak dicabar dalam kesemua pertarungan peringkat kumpulan tetapi Australia perlu berjuang hebat terutama diundi dalam 'kumpulan maut' bersama-sama dua pasukan gergasi ragbi lain - England dan Wales.


"Kami akur bahawa kami perlu menunjukkan permainan yang lebih baik.


"Apa yang perlu dilakukan ialah memastikan kami dapat melaksanakan segala rancangan pasukan untuk cuba meningkatkan permainan," ujar jurulatih 'The Wallabies' itu lagi. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >