Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Australia ‘kecewa’ tapi akan renungkan kempen berinspirasi

PIALA DUNIA WANITA 2023
Aug 17, 2023 | 03:14 PM



SYDNEY: Ia mungkin cerminan kepada prestasi Piala Dunia Australia bahawa mereka “kecewa” kerana terlepas memasuki peringkat akhir, tetapi dalam usaha mereka mengejar kemenangan, pasukan bergelar Matildas itu telah menawan hati satu negara.


England menumpaskan hos bersama itu 3-1 dalam separuh akhir pada Rabu menghalang mereka daripada mara ke peringkat akhir Piala Dunia buat kali pertama di negara sendiri.

Namun jurulatih Australia, Tony Gustavsson berkata ia “hanya permulaan” buat Matildas.

“Saya benci kalah, tetapi ini lebih besar daripada bola sepak selama 90 minit,” katanya.

Dalam perjalanan menjadi empat pasukan terakhir buat kali pertama, Matildas telah menawan Australia, menarik peminat serata negara dan menunjukkan prestasi membanggakan di hadapan jumlah rekod penonton di negara sendiri.

Mereka telah melebihi prestasi terbaik mereka dalam Piala Dunia, iaitu penyingkiran suku terakhir dalam tiga perlawanan berasingan – dan akan menetapkan matlamat untuk meraih tempat ketiga apabila mereka berentap dengan Sweden, pemenang pingat gangsa tiga kali, pada Sabtu.

“Saya rasa seolah, sebagai sebuah pasukan, kami mempunyai banyak kepercayaan dan banyak keyakinan sebagai satu kumpulan,” tambah Gustavsson yang berasal dari Sweden.

“Tidak kira apa yang berlaku di luar, tidak kira siapa yang kami tentang, setiap cabaran kami berjaya huraikan. Setiap perlawanan kami berjaya bersaing – dan menjadi yang terbaik.

“Buat masa ini kami tidak gembira berada di peringkat separuh akhir, kami kecewa kerana tidak berada di peringkat akhir.

“Kami ingin mengambil selangkah lebih jauh – kami semua mempunyai impian.”

Seperti England, yang memenangi trofi besar pertama mereka di negara sendiri pada 2022 di Eropah, Australia menyaksikan penonton yang memecah rekod dan mencapai lebih daripada apa yang dijangkakan orang ramai.

Tempoh menuju ke perlawanan empat pasukan terakhir merupakan bahan perbualan di Australia minggu ini, dengan pasukan itu mengambil halaman depan dan belakang akhbar di seluruh negara sedang peminat bertemasya dalam ‘Matildas Mania’ atau ‘Kegilaan Matildas’.

Australia kini boleh melihat manfaat kejayaan dalam perlawanan di tempat sendiri, memberi mereka keyakinan untuk menunjukkan prestasi baik di persada dunia dan memberi inspirasi kepada generasi pemain muda. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >