Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Peminat Australia rebut beli tiket bagi penyokong England apabila kod unik bocor

Aug 15, 2023 | 02:34 PM



SYDNEY: Tiket perlawanan separuh akhir Piala Dunia Wanita bagi peminat England duduk di kawasan khas untuk penyokong pasukan Lioness itu sahaja dilaporkan dibeli oleh penyokong Australia setelah kod unik tiket itu dibocorkan dalam media sosial.


Dengan kesukaran mendapatkan tiket bagi kebanyakan perlawanan Piala Dunia Wanita ini, dan ketidakupayaan wadah jualan semula Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) memenuhi permintaan tinggi, peminat sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan tiket.

Peruntukan rasmi kurang 2,000 tiket bagi penyokong England, yang membentuk sebahagian kecil daripada kapasiti 75,784 Stadium Australia yang diluluskan Fifa, telah disiarkan Persatuan Bola Sepak England di laman web mereka.

Menurut pos tersebut, peminat boleh menggunakan kod akses ‘LIONESS’ untuk mendapatkan akses kepada peruntukan tersebut, yang membolehkan peminat membeli hingga 10 tiket pada satu-satu masa.

Pos itu kekal sebagai hasil pencarian tertinggi di Google untuk frasa ‘Lionesses active supporters group’ (Kumpulan sokongan aktif Lionesses).

Menurut satu laporan, kod akses itu kemudian “jatuh ke tangan yang salah” selepas ia mula tular dalam media sosial.

Namun kebocoran itu dihentikan dengan cepat, dan kod itu tidak dapat diakses peminat menjelang pagi Isnin.

Permintaan begitu tinggi bagi tiket Piala Dunia Wanita itu adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan rating perlawanan suku akhir antara Australia, yang digelar Matildas, menentang Perancis, meletakkannya sebagai acara paling ditonton sejak Cathy Freeman memenangi emas bagi acara larian 400 meter di Olimpik 2000.

Australia memenangi perlawanan itu melalui sepakan penalti.

Peminat England meradang kerana terlepas peluang mendapatkan tiket separuh akhir, dengan seorang peminat menyatakan ia membuat mereka “berang”.

“Saya sebenarnya sedang naik radang,” tulis peminat itu di media sosial.

Peminat Australia, sebaliknya, berkata beliau telah mendapatkan tiket dan tidak sabar mewujudkan suasana yang tidak diingini untuk Lionesses, dengan harapan dapat menggalak Matildas mara ke peringkat akhir Piala Dunia buat julung kalinya.

“Saya dan rakan saya akan terbang dari Brisbane... dengan bangganya akan mengenakan pakaian Matildas kami,” tulis seorang peminat di media sosial.

Penerbit kandungan, Lachlan McKirdy dari News Corp menanti-nantikan telatah antara peminat dua pasukan itu.

“Selepas itu akan diadakan pula pertunjukan bunga api pada 2 pagi di luar hotel pasukan England,” tulis McKirdy.

“Peperangan sudah bermula.”

Penulis bola sepak, Mike Mifsud bergurau bahawa ia bagaikan balasan di atas penjajahan England sebelum ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >