Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN KOMANWEL

Australia undur diri jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 gara-gara kos terlalu tinggi

Jul 18, 2023 | 02:08 PM



MELBOURNE: Negeri Victoria, Australia, menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026, berikutan kos terlalu tinggi, sekali gus meletakkan masa depan sukan yang diadakan empat tahun sekali itu diragukan.


Perdana Menteri negeri Victoria, Encik Dan Andrews, berkata kos menganjurkan sukan itu, yang dijadual diadakan di empat hab serantau, mungkin mencecah lebih A$7 bilion ($6.31 bilion) daripada anggaran awal A$2.6 bilion, jika mahu diteruskan.

“Jujurnya, A$6 hingga A$7 bilion untuk acara sukan selama 12 hari, kita tidak dapat menganjurkannya,” kata Encik Andrews dalam satu sidang media.

“Saya tidak akan menggunakan wang daripada hospital dan sekolah untuk membiayai acara sukan ini, yang sudah meningkat tiga kali ganda daripada anggaran awal yang diperuntukkan pada tahun lalu (2022).”

Encik Andrews berkata Victoria sudah memaklumkan kepada badan pentadbir global Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), dalam “satu pertemuan mesra” tetapi kos ganti rugi kerana membatalkan kontrak sukan 2026 itu masih lagi belum diputuskan.

CGF dan badan pentadbir tempatan Sukan Komanwel Australia tidak segera memberikan ulasan terhadap perkara itu.

Acara sukan yang disertai negara-negara bekas jajahan Britain itu mengalami kesulitan untuk kekal relevan, dengan empat daripada lima sukan itu diadakan di Australia dan Britain.

Bandar Birmingham di Britain tampil untuk menganjurkan sukan itu pada 2022 selepas Afrika Selatan ditarik balik daripada menjadi tuan rumah 2017 gara-gara tidak dapat membuat persiapan secukupnya.

Pegawai di Australia cuba memberikan alasan mengenai faedah menganjurkan sukan itu dengan pembangunan di empat hab serantau iaitu di Geelong, Ballarat, Bendigo dan Gippsland, serta kemajuan ekonomi yang dijangkakan lebih A$3 bilion melalui pelancongan dan peluang pekerjaan baru.

“Sebagai sebuah negeri, sudah tentu kami mahu membantu, tapi lihat juga jumlah yang akan dibelanjakan dan sama ada ia berfaedah bagi jangka panjang kepada masyarakat di Victoria dan menguntungkan negara keseluruhannya,” kata Encik Andrews.

Sebaliknya, kerajaan boleh membelanjakan lebih A$2 bilion untuk “pakej serantau” termasuk membina kemudahan sukan yang tetap, dan lagi A$1 bilion untuk membangunkan kemudahan sosial serta rumah yang mampu dimiliki rakyat.

Sejurus selepas pengumuman itu dibuat, pegawai sukan Australia mula mendekati sebuah lagi negeri terbesar di Australia, New South Wales, untuk dijadikan alternatif bagi menganjurkan sukan itu pada 2026.

Pusat bandar New South Wales, Sydney, pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2000.

“Sudah tentu kami mempunyai pusat-pusat sukan... dan bulan Mac adalah sesuai untuk menganjurkannya,” kata Encik John Coates, Naib Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan bekas ketua Jawatankuasa Olimpik Australia, dalam ulasannya yang diterbitkan di akhbar Sydney Daily Telegraph. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >