Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ayam tambatan

Dec 19, 2021 | 05:30 AM



JAMAAL LASCELLES, 28 tahun (Benteng Newcastle)



PEMAIN pertahanan ini handal apabila beliau bermain mencapai potensi tetapi beliau juga cenderung membuat kesilapan.



Permainannya yang kurang konsisten jelas dilihat dalam perlawanan EPL pada Disember ini.



Sementara beliau beraksi dengan hebat untuk membendung pemain Burnley dalam kemenangan 1-0 pada awal bulan ini, Lascelles membuat banyak kesilapan dalam perlawanan dengan Leicester City pada hujung minggu lalu, termasuk kesilapan yang membuka laluan bagi City menjaringkan gol.



Jika Lascelles yang cuai menjejakkan kaki ke padang malam ini, Newcastle dijangka menghadapi perlawanan yang amat sukar.



Sebaliknya, jika Lascelles yang yakin dan tangkas memulakan perlawanan, jangan terkejut jika Newcastle mampu mencuri satu mata daripada perlawanan ini.




RAHEEM STERLING, 27 tahun (Penyerang Manchester City)



PEMAIN England ini telah menyerlah dalam beberapa perlawanan pertandingan domestik dan juga di Eropah.



Malah, beliau menjaringkan gol ke-100 dalam kerjaya pada hujung minggu lalu.



Ini adalah petanda kurang baik bagi Newcastle yang bukan sahaja perlu mengekang Sterling, malah sembilan lagi pemain City yang masing-masing mampu menjaringkan gol dan bermain sebagai satu unit yang tangkas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >