Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TROFI SINGAPURA STANDARD CHARTERED 2022

Ayew kekal di Palace kerana Vieira

Jul 15, 2022 | 05:30 AM



PENYERANG Crystal Palace Jordan Ayew berkata beliau "menikmati setiap detik" bermain di bawah kepimpinan pengurus Patrick Vieira.



Bahkan, Vieira, yang menyertai pasukan bergelar The Eagles itu pada musim lalu, mendorong Ayew, 30 tahun, untuk menandatangani kontrak baru selama semusim lagi di Selhurst Park.



Kontrak Ayew asalnya tamat pada hujung bulan lalu.



Crystal Palace berada di kota Singa sejak Selasa lalu menjelang perlawanan dengan Liverpool dalam Trofi Singapura Standard Chartered 2022 di Stadium Negara malam ini.



Ayew, yang sudah 132 kali menyarung jersi Palace dan menyumbat 15 gol, memberitahu Berita Harian:



"Saya begitu gembira berlatih dan bermain di bawah bimbingan Vieira. Setiap hari, kami semakin berkembang.



"Saya telah menonton aksinya sejak beliau menyarung jersi Arsenal dan untuk bermain dalam pasukan yang dipimpinnya adalah satu perkara yang benar-benar di luar dugaan saya. Buat masa ini, tekad saya hanya untuk menikmati setiap detik, setiap saat menyertai latihan yang dijalankannya".



Viera, bekas kapten Arsenal yang juga pernah menyarung jersi AC Milan, Inter Milan, Juventus dan Manchester City, menjadi jurulatih selepas menggantung butnya pada 2011.



Beliau pernah menjadi jurulatih bersama pasukan simpanan City, kelab Major League Soccer, New York City, dan kelab Ligue 1 Perancis, Nice, sebelum mengisi "kerusi panas" Crystal Palace musim lalu.



Penglibatan sulung dalam Liga Perdana England (EPL) itu boleh dianggap berjaya, selepas Viera membimbing pasukan ke tangga ke-12 liga dan mara ke separuh akhir Piala FA.



"Sebahagian besar sebab saya kekal di kelab ini ialah kerana jurulatihnya.



"Saya telah berbincang dengan beliau dan beliau memberitahu saya beliau ingin saya kekal di sini," kata Ayew menambah.



Pemain yang berasal dari Ghana itu menyertai Palace pada 2018, apabila beliau dipinjamkan ke kelab itu oleh Swansea City.



Kurang setahun selepas itu, Palace mengikat beliau dengan kontrak tetap.



"Setelah lama bermain untuk Palace, saya berasa serasi di sini dan keluarga saya juga sudah selesa tinggal di London. Jadi, tiada sebab untuk saya meninggalkan kelab," katanya.



Ayew, yang pernah beraksi untuk Swansea City dan Aston Villa, 'berketurunan' bola sepak.



Bapanya ialah bekas kapten pasukan Ghana, Abdei Pele, sementara dua abangnya, Andre dan Ibrahim juga pemain bola sepak.



Andre, 32 tahun, adalah pemain sayap kelab Qatar, Al Sadd, dan Ibrahim, 34 tahun, bermain untuk kelab Bruno's Magpies dalam Liga Nasional Gibraltar.



Berkongsi pengalaman membesar dalam keluarga itu, Ayew berkata: "Dari hari pertama saya lahir, bola sepak menjadi dunia saya. Ia menyeronokkan dan secara peribadi, ia membawa kebanggaan tapi juga tekanan untuk memelihara nama baik keluarga.



Ditanya apa yang boleh dijangka penyokong daripada beliau dan rakan sepasukannya di Stadium Negara malam nanti, Ayew berkata:



"Kami akan bermain sebaik mungkin dan ingin membawa keceriaan kepada peminat di sini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >